Khidmat Profesional Servis Cat

Mahu cantikkan rumah dengan cat baru pilihan anda dalam masa 3 hari? Anda t bertungkus-lumus mengecat rumah anda supaya nampak mewah. Selepas ini anda tidak perlu risau kerana saya nak perkenalkan pakar cat yang akan buat semuanya dari awal sehingga habis mencuci kesan tumpahan akibat percikan cat di lantai!

Apa yang ditawarkan oleh Zoy Construction :

  • Mengecat rumah dan bangunan Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan besi.
  • Siling Kami juga menyediakan servis untuk melukis dan mewarnakan gambar di siling. Termasuklah mengecat guna air brush (nak buat siling bentuk awan) dan teknik sponging.
  • Dinding Termasuk feature wall seperti momento/sancora, lukisan 3D, lukisan panorama, lukisan logo di dinding pejabat, lukisan berunsur kanak-kanak (dinding taska), menzahirkan gambar digital/potret di dinding jenis simen, marble effect, lukisan mural dan stucco untuk feature wall.
  • 4) LantaiEpoxi lantai (menjadikan lantai lebih terang, bersih, kemas dan mudah untuk diselenggarakan) untuk kawasan perindustrian dan halaman rumah/tempat kereta anda.
  • 5) Texture painting Mahu tukar tombol pintu menjadi keemas-emasan? Kami boleh tukarkan untuk anda!

Kenapa perlu memilih kami?
Kami tidak memaksa anda untuk mengambil servis mengecat rumah dengan kami. Tetapi, kami boleh
yakinkan dengan anda, berpandukan kelebihan yang kami miliki, kami boleh buat anda tertarik untuk
mengambil servis mengecat rumah dengan team kami:

1) Berpengalaman mengecat pelbagai bentuk bangunan dan kediaman
Selama 15 tahun ini, kami telah banyak mengecat pelbagai bentuk bangunan dan kediaman termasuk
rumah, pangsapuri, kondominium, double-storey, banglo, dewan orang ramai, hotel, kilang-kilang
perindustrian, kedai, pejabat, restoran, istana, kediaman menteri dan jabatan-jabatan kerajaan. Jadi,
tiada masalah untuk mengecat sebijik rumah lagi.. iaitu rumah anda!

2) Kerja mengecat siap dalam 2-3 hari sahaja
Kerja-kerja mengecat boleh siap dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja. Walaupun tuan rumah pergi kerja
(dengan izin tuan rumah), kami tetap teruskan menyiapkan kerja-kerja mengecat. Jika terlewat sedikit
daripada jadual, biasanya kami akan membuat kerja-kerja pemindahan (alihkan perabot). Selebihnya,
kerja kami akan siap dalam masa 2-21/2 hari sahaja.

3) Waktu kerja fleksibel
Cakap sahaja kepada kami, bila boleh mula mengecat rumah anda. Jika anda tidak percaya kami boleh
membuat kerja mengecat semasa anda pergi kerja, kami akan datang pada waktu malam untuk
mengecat rumah ketika anda berada di rumah. Cakap sahaja pukul berapa, kami akan datang. Kerana,
kami bekerja 24 jam! 

4) Sentiasa mengamalkan kebersihan ketika mengecat rumah
Yang paling penting, kami akan pastikan tiada satu titik sisa cat pun akan tumpah ke lantai rumah anda.
Kami juga akan pastikan semua lantai dilapik dan barang-barang ditutup ketika kerja-kerja sedang
berlangsung. Sehingga kini, belum pernah lagi kami menerima aduan rumahnya kotor kerana ada
tompokan cat selepas kami selesai mengecat rumah klien!

5) Harga berbaloi dengan kualiti cat dan servis
Kami menyediakan cat-cat yang berkualiti sahaja untuk mengecat rumah anda. Harga servis, harga
perkhidmatan serta pembelian cat mengikut harga pasaran semasa. Kami tidak akan menaikkan harga
sewenang-wenangnya. Kami juga sedia menerima upah cat sahaja dengan syarat tuan rumah
menyediakan cat yang secukupnya.

2 Comments

  1. Assalam, apa no whatsapp nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..saya terpost pulak draf ni.. zoy 012 622 2132

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post