Shaklee bagus atau tidak?
Vitamin Shaklee bagus ke untuk kesihatan? Itu yang menjadi persoalan ramai apabila melihat vitamin shaklee antara suplemen yang menjadi pilihan ramai sekarang ini. Memang banyak produk vitamin yang menjadi makanan tambahan pada masa kini. Shaklee adalah antara salah satu produk makanan tambahan yang menjadi pilihan ramai kerana dikatakan bagus untuk kesihatan dengan izin Allah sekiranya diamalkan dengan istiqomah.
Kenapa perlukan makanan tambahan?
Sebelum kita meneliti di mana bagusnya Shaklee itu, kita kena faham dulu kenapa kita perlukan vitamin ataupun makanan tambahan :
- Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
- Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
- Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
- Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
- Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
- Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.
- Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.
Kenapa perlu memilih Vitamin Shaklee?
Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.
Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.
Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.
Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin (Seremban).
Anda dapat tengok ramai pengedar pengedar Shaklee di seluruh Malaysia seperti di atas. Ini menunjukkan pasaran vitamin Shaklee adalah luas kerana sudah terbukti Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.
Antara Pakej-pakej Vitamin Shaklee Yang Bagus Untuk Kesihatan
![]() |
Gambar dari http://naturalvitaminshoppe.blogspot.com/ |
SET BAGUS UNTUK KESIHATAN OPTIMUM
Ia adalah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Tak kira dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C. Cukup untuk 4 bulan.
- Vitalea Multivitamin 120 biji
- B Complex 120
- Vitamin C Sustained Release 500mg 180 biji
SET BAGUS UNTUK IBU MENYUSU
Walaupun set ini khas untuk penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.
- Vitalea Multivitamin 120 biji
- B Complex 120 biji
- Vitamin C Sustained Release 500mg 180 biji
- Alfafa Complex 330 biji
SET BAGUS UNTUK IBU BERPANTANG
Set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.
- Vitalea Multivitamin 120 biji
- B Complex 120 biji
- Vitamin C Sustained Release 500mg 180 biji
- Zinc Complex
SET BAGUS UNTUK KECANTIKAN KULIT/ KESUBURAN WANITA
Set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set ini terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.
- Vita-E Complex 120 biji
- B Complex 120 biji
- Vitamin C Sustained Release 500mg
SET BAGUS UNTUK RESDUNG/ ALLERGY/ ECZEMA/ ASTHMA
Set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa dan GLA Complex. Kegunaan sehingga untuk 4 bulan. Awas, set ini juga perlu dipantau bersama pemakanan dan allergen yang boleh mencetuskan allergik tersebut. Ia berfungsi meningkatkan sistem keimunan badan.
- GLA Complex 90 biji
- Alfafa Complex 330 biji
- Vitamin C Sustained Release 500mg 180 biji
- Zinc Complex 120 biji
SET BAGUS UNTUK SISTEM PERTAHANAN BADAN
NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Mempunyai daya kebolehan yang mendorong kepada pengeluaran semulajadi nutrifeon tubuh. Formulanya dianggap semulajadi, selamat, tulen, dan berkesan. Penemuaan dan innovasi yang telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi. Sesuai utuk kukuhkan imun badan, melawan kanser dan tumor, influenza, stress, kelesuan, melambatkan penuaan, jangkitan Hepatitis B & C dan sebagainya.
- Nutriferon 30 stick
- Garlic Complex 60 biji
Banyak lagi set set untuk kesihatan tubuh badan yang optimun disediakan oleh Shaklee. Sila rujuk pengedar² sah di atas.
Kami Sendiri Mengambil Vitamin Shaklee
Ya. Kami sekeluarga mengambil vitamin shaklee untuk menjaga kesihatan. Antara vitamin tersebut adalah Vitamin C, Vitamin C Chewable untuk anak, ESP, Ostrematrix dan lain lain. Masa di bulan puasa kami mengambil Performance Drink sebagai penambah tenaga. Memang kami yakin dengan izin Allah, vitamin shaklee ini bagus untuk kesihatan dan memang terbukti bila kami mengamalkannya.
![]() |
ni isteri punya kecuali vitamin C chewable tu anak punya..hehe |
Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.