Duit. Hanyalah sekeping kertas. Tetapi kertas itu sangat berpengaruh, kerana dia manusia boleh bergaduh, kerana dia manusia boleh lupa tuhan, tapi kerana dia jugalah manusia boleh mendekatkan diri dengan tuhan.
Buat Duit
Kalau dengar istilah buat duit, dengar macam kelakar. Kalau ditanya kepada budak budak sekolah rendah apa itu buat duit, mungkin mereka akan jawab :
BUAT DUIT TU BUAT DUIT LAH! AMBIK KERTAS PASTU WARNAKAN JADI DUIT.
BUAT DUIT TU BUAT DUIT LAH! AMBIK KERTAS PASTU WARNAKAN JADI DUIT.
Blogger boleh buat duit?
Satu persoalan di situ bagi mereka yang tak tahu. Bagi yang tahu itu bukan persoalan, tetapi satu cabaran. Ya!! Cabaran kepada setiap blogger untuk menjadikan blog mereka sebagai mesin duit bukan sekadar menjadikan blog sebagai diari harian ataupun tempat meletakkan bahan ‘copy paste’.
Blogger Buat Duit Online
Bila sebut blogger, sudah tentulah kita perlu menulis online. Jadi punca duit yang bakal kita hasilkan juga mestilah secara online kan? Masalahnya bagaimana dan apakah bentuk perniagaan yang boleh seseorang blogger itu lakukan untuk menambah pendapatan mereka tak kisahla blogger sambilan atau blogger sepenuh masa.
Jadi di sini, saya ingin kongsikan sedikit apa yang saya tahu berkenaan dengan menghasilkan duit secara online . Sesetengah itu adalah pengalaman saya sendiri, selebihnya saya ambil contoh blogger lain.
1. Blogger boleh buat duit dengan memasang iklan.
Saya ambil iklan sebagai sumber yang pertama. Ini kerana iklan amat sinonim dengan blogger. Kalau sebut buat duit dengan blog je, ramai orang cakap iklan..iklan dan iklan. Saya dulu pun mula mula tahu buat duit dengan blog hanyalah melalui iklan. Contoh yang popular adalah Nuffnang, Innity, Komly, adsense dan banyak lagi yang saya sendiri pun tak sempat nak ambil tahu.
Saya hanya mencuba satu jenis iklan je sampai sekarang iaitu Nuffnang. Iklan yang lain memang tak lepas lah dengan trafik blog saya yang sama dengan trafik Kuala Lumpur pada hari raya.
Saya hanya mencuba satu jenis iklan je sampai sekarang iaitu Nuffnang. Iklan yang lain memang tak lepas lah dengan trafik blog saya yang sama dengan trafik Kuala Lumpur pada hari raya.
![]() |
Gambar tersebut telah melalui proses photoshop untuk menampakkan jumlah yang besar..haha |
2. Blogger boleh buat duit dengan advertorial.
Melalui sesi ngopi bersama tuan Haji Amir Hassan tahun lepas beliau mendedahkan sesetengah blogger mendapat RM8000 untuk satu entri.
![]() |
Denaihati bercerita berkenaan Advertorial di sesi ngeteh bersama blogger, Shah Alam |
Ramai yang sangkakan hanya blogger blogger popular akan dapat tawaran advertorial ni. Ya memang betul, kalau popular, orang akan cari kita. Kalau tak popular macam saya kena cari sendiri. Cuba tengok mana mana bisnes yang berkaitan dengan blog kita dan cuba tawarkan khidmat review, kalau rezeki dapatlah.
Macam saya banyak juga entri advertorial yang saya dapat dengan mencari sendiri peluang, bukan menunngu peluang. Boleh baca di ruangan advertorial. Ada yang dapat tunai, ada yang dapat voucher, ada yang dapat produk atau servis percuma.
![]() |
4 Keping Tiket Sunway Lagoon bernilai RM360 hasil advertorial |
Bukanlah secara totalnya 4 keping tiket ini adalah duit, tetapi selamatkan duit. Ya, selamat lebih kurang RM360 bagi tiket masuk ke Sunway Lagoon sebanyak 2 kali.
![]() |
Membuat keluarga gembira hasil advertorial |
3. Blogger boleh buat duit dengan affiliate.
Selepas menghadiri seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati, baru saya faham apa itu affiliate dan mendapat semangat untuk mencuba, tapi masa 2013 saya hanya cuba program affiliate eQurban dan alhamdulillah kali pertama sertai dapatlah komisyen hampir RM200. Dan tahun ni saya cuba lagi beberapa program affiliate yang lain seperi Niche Kerjaya, Lazada, dan Ashadee. Alhamdulillah, ada dapat komisyen walaupun tak banyak.
![]() |
Komisen dari eQurban, Infokerjaya, Ashadee dan Lazada |
Gambar di atas himpunan screensot dari kosmisyen affiliate yang saya sertai. Itu secara suam suam kuku sahaja. Nak tengok kalau anda buat betul betul?
Nah!!
![]() |
Komisyen belas belas ribu seorang dalam masa 6 hari!!! |
Dalam masa 6 hari, mereka telah berjaya mendapat komisyen berbelas belas ribu!! dah hampir suku jumlah gaji tahunan sesetengah orang dah? Macam mana? Teruja?
Saya pada tahun ni hanya mendapat lebih kurang Rm700 sahaja komisen affiliate, tak terbayang rasanya kalau berjaya seperti mereke mereka di atas tu.
Saya pada tahun ni hanya mendapat lebih kurang Rm700 sahaja komisen affiliate, tak terbayang rasanya kalau berjaya seperti mereke mereka di atas tu.
Ya sudah tentu ia bukanlah dicapai dengan cara yang mudah. Mereka bertungkus lumus bekerja memantapkan SEO, menambah ilmu pemasaran internet dan sebagainya.
4. Blogger boleh buat duit dengan peraduan atau segmen.
Janggal bila dikatakan masuk peraduan boleh buat duit kan? Sebenarnya memang terbukti, kerana memang banyak peraduan peraduan untuk blogger seperti peraduan SEO ataupun peraduan artikel terbaik. Ada yang menawarkan gajet, ada yang menawarkan tunai dan ada yang menawarkan servis sebagai hadiah. Saya sendiri pun sudah berjaya membuat duit melalui peraduan di blog seperti :
2011
- Menang blog entri paling kreatif contest anjuran Beta.my ditaja oleh mynewshubs.com.my. Hadiahnya berupa seunit Samsung Galaxy SII.
2013
- Menang tempat pertama pertandingan SEO Iphone 5 Gadget Impian - RM500
- Menang tempat ketiga contest iphone 5 gadget impian- Menang 1 unit iphone 5 dan hadiah sampingan
- Menang tempat kedua penyumpang referral terbanyak kepada website P1-menang 1 Mini Ipad
- Menang tempat pertama artikel terbaik pertandingan blogging P1-menang mini Ipad lagi
2014
- Menang tempat kedua entri paling baik dalam contest Iphone 5S Revolusi Bisnes Online-menang tunai(tapi hadiah tak dapat lagi..hehe)
- Menang anugerah Juri dalam contest Iphone 5S Revolusi Bisnes Online
- Saguhati pertandingan 'Aku dan Kereta' anjuran Salam Media tajaan RichPlan4U-menang PowerBank
- Menang tempat keenam peraduan SEO Bufet Ramadhan Casa Ombak-tunai RM100
![]() |
Antara kemenangan |
Ada yang dapat tunai, ada dapat gajet. Kalau gajet yang tak perlu disimpan saya akan jual, jadi di situ dapatlah duit. Dan ianya adalah melalui blog.
Selain daripada peraduan, banyak segmen yang kadang kadang menawarkan hadiah tunai yang lumayan umpamanya segmen duit raya, segmen hari merdeka ataupun segmen bonus akhir tahun daripada Denaihati. Rasanya dah lebih RM500 saya kumpul dari segmen segmen di blog Denaihati tak termasuk hadiah peraduan.
5. Blogger boleh buat duit dengan jual produk/servis.
Selain itu, kalau blogger tu ada kepakaran tertentu, mereka akan lebih senang menjual sesuatu produk atau servis contohnya vitamin, servis rekabentuk blog atau header dan lain lain. Blogger yang mempunyai kemahiran SEO pasti mempunyai kelebihan kerana bila entri produk/servis kita di muka surat pertama google, peluang menjual adalah sangat tinggi.
![]() |
Hasil penangan SEO terhadap jualan servis cuci gambar passport dari saya |
Kalau dah lama buat duit online melalui blog, blogger kemudian boleh membuat ebook berkenaan 'Bagaimana Buat Duit Melalui Blog'. Contohnya En Titan dengan ebook merah jambunya.
Bagaimana Nak Berjaya Menjadi Blogger Buat Duit Online?
Seringkali kita lihat yang berjaya buat duit dengan blog ni kita akan berkata 'bestnya', 'untunglah dia femes' ,'mesti masyuk' dan sebagainya. Pernah tak kita fikir usaha yang mereka buat seperti :
1. Mencari ilmu yang diberi percuma
Sudah tentu ilmu itu penting untuk berjaya. Kita perlu menjadi 'stalker' yang baik kepada blog blog yang dah berjaya. Tengok apa yang mereka buat. Ini anda boleh dapat secara percuma sahaja. Anda boleh baca di blog Denaihati sendiri, Hasrul Hassan, Tokey Cendol dan lain lain.
2. Melabur untuk ilmu
Sebenarnya banyak ilmu ilmu yang berguna dipasarkan melalui ebook, kelas, personal coaching dan sebagainya. Kalau nak berjaya tidak boleh kedekut untuk melabur dengan membeli ebook, atau menghadiri seminar contohnya Kelas buat blog bersama Akademi Denaihati
3. Doa
Sudah tentu doa adalah senjata orang Islam. Jadi setiap pekerjaan yang kita buat termasuklah blogging mestilah kita doakan yang terbaik. Berjaya atau tidak bukan kita tentukan, kita hanya berusaha dan berdoa kepada Allah.
4. Banyakkah sedekah
Memang sedekah itu pembuka rezeki. Misalannya kalau anda buat affiliate eQurban, jangan lupa tempah bahagian anda dahulu. InsyaAllah sekejap sahaja apa yang anda keluarkan itu diganti balik bahkan kadang kadang lebih besar.
Terima kasih kepada semua penaja contest iPhone 5s Gajet impian ini :
Penaja Utama
http://amariman.com
Penaja Individu
http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip