Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Bait bait di atas bukanlah daripada lirik lagu rasmi tema kemerdekaan tahun ini. Ia adalah lirik sebuah lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad, yang sudah tentu menjadi lagu patriotik kegemaran ramai kerana melodi dan liriknya yang menyentuh perasaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Malaysia Tanah Tumpah Airku Kebanggaanku


Bersatu padu
Ya. Saya bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia, sebahagian bumi Allah yang bertuah yang rakyatnya hidup aman bersatu padu walau terdiri daripada pelbagai kaum. Namun menyedihkan, apabila kecanggihan teknologi media sosial nampaknya menjadi salah satu medium untuk menghidupkan api perkauman di Malaysia ini, lebih lebih lagi melibatkan isu agama.

Terus Maju ke Depan
Alhamdulillah. Malaysia semakin maju ke depan. Malaysia terus menyertai beberapa negara maju global untuk berada dalam senarai 15 negara yang paling berdaya saing di dunia pada tahun ini, demikian mengikut ranking yang dikeluarkan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) pada tahun lepas sebagaimana dalam gambar di bawah.


Diuji pelbagai cabaran
Umum mengetahui apa yang telah terjadi pada kapal terbang yang membawa nama Malaysia, Malaysia Airline System (MAS). 2 kejadian buruk, di mana ia merupakan antara insiden yang dikatakan pelik. Pertama kehilangan misteri MH370, dan yang terbaru sangat menyayat hati, ratusan penumpang dalam MH17 menjadi korban peperangan 2 negara.

Apa Peranan Kita?


Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Kitalah penyambung warisan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Hargailah perjuangan mereka mereka yang menuntut kemerdekaan dengan menhargai negara kita Malaysia. Janganlah selalu mempersoalkan apakah yang negara kita sudah sumbangkan kepada kita. Kerana kalau kita disoal apakah yang kita telah sumbangkan kepada negara.

Tidak semestinya kita berjuang dengan memegang senjata turun ke medan perang. Jagalah keharmonian perpaduan negara dengan tidak menggunakan media sosial menimbulkan isu perkauman, jagalah keindahan negara dengan menjadi rakyat yang mementingkan kebersihan dan segala macam benda positif lagi kita boleh sumbangkan kepada negara kita yang tercinta ini.

Kitalah Penyambung Warisan

Sekian tulisan kali ini sempena sambutan kemerdekaan kali ke 57 dan juga untuk menyahut cabaran Denaihati.

MERDEKA!! MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA!!
Previous Post Next Post