Alhamdulillah, tanggal 8 Mac lepas, saya dan isteri berjaya menghadirkan diri ke acara gilang gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014. Buat tahun ketiga berturut-turut kami ada rezeki berkumpul ramai-ramai sesama blogger dalam majlis ramah mesra dan pemcurahan ilmu ini.
Dan alhamdulillah juga setiap kali ke acara Sepetang Bersama blogger, kami tidak akan pulang dengan tangan kosong, cuma beza banyak atau sedikit je hadiah yang dibawa balik.
Dalam SBB2014, kesemua peserta mendapat 'goodies bag' yang mana salah satu darinya adalah buku denaihati.
![]() |
Muka depan dan belakang buku denaihati |
Buku Denaihati ini dicetak dengan kualiti yang tinggi, jadi sangat berbaloi bagi mereka yang ingin mendapatkannya. Buku ini ada beberapa bahagian utama iaitu :
- Kata-kata aluan
- Entri pemenang contest Yeos dari blog Hafiz Mohd
- Hidupkan Untuk Memberi ( Membincangkan kejayaan terhasil dari apa yang diberi )
- Ilmu Blogging
- Kisah Keluarga
- Kembara Dunia
- Motivasi Berani Gagal
- Aktiviti Denaihati Network
Kata-kata aluan dalam buku ini memuatkan beberapa blogger yang dikatakan banyak membantu dalam meningkatkan kredibiliti dan kualiti blog denaihati.com. Antaranya kujie2.com, ariffshah.com, azmanishak.com, apesal.com, sweetkurma.com , anarm.net, eizil.com dan juga shakiddo.com.
Denaihati makin maju
Ada diceritakan serba ringkas perbandingan blog denaihati pada tahun 2011 dengan tahun 2013. Apa yang dibandingkan adalah kedudukan alexa rank dan juga rasa kekecewaan beliau akibat pembaca wanita lari ke blog abang ensem dan juga blog eyriqazz.
Tambah Ilmu Blogging
Ya, di dalam buku ini ada dimuatkan beberapa tips blogging dari denaihati sendiri mahupun dari eizil dan juga penulis jemputan seperti lizarazak yang membicarakan tentang menjadi seorang penulis yang bagus.
Selain itu, pendapat-pendapat bernas mengenai blogging turut dimuatkan seperti pendapat dari azman ishak, titan yang terkenal dengan teknik seo merah jambu
Blog Pelbagai Niche diselitkan.
Selain dipadatkan dengan perkongsian ilmu blogging dan juga ilmu kehidupan, ada juga diselitkan blogger-blogger dari pelbagai niche seperti blog Ustaz Noehas(agama), blog Broframestone (personal), RedMummy(personal) iaitu salah seorang panel di SBB2014, singing blogger ZarulUmbrella, HazmanFadzil.com, kaki makan , Hilalazmi.com, denai.my (travel) dan Aslamber.com (hartanah) .
Dalam bahagian aktiviti, ada dimuatkan 7 blog personal terbaik Malaysia menurut kedudukan Alexa & page rank .
1. Denaihati.com
2. hasrulhassan.com
3. Mialiana.com
4. Kujie2.com
5. Erazfadli.com
6. Ahmadfaizal.com
7. Benashaari.com
Antara penaja-penaja yang menyumbang kepada majlis SBB2014 ini adalah
Denaihati.com selalunya kita dengar di ruang maya saja. Sekarang denaihati sudah ada versi fizikal iaitu buku denaihati ini. Bagi yang teruja untuk membaca buku hebat ini, boleh buat tempahan di kedai online milik denaihati iaitu kedai denaihati .
P/S : Kalau dibuat senarai kandungan di muka hadapan saya rasa menjadikan buku ini lebih mantap!!!!