Mamat : Ak mls lah nak g amek resultz SPM
John : Lew...SMS jer lew!!
Perbualan di atas menggunakan bukan nama sebenar dan bukan bahasa rasmi.
Sungguh canggih sekarang ni, serba serbi mudah. Nak semak keputusan SPM pun boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Bagi yang ada masalah nak ke sekolah pada hari keputusan diumumkan boleh ambil langkah yang mudah untuk semak keputusan SPM masing-masing menggunakan khidmat SMS yang disediakan kerajaan.
Tarikh Keputusan SPM
Keputusan SPM bagi calon-calon tahun 2013 secara rasminya akan diumumkan pada hari Khamis ini iaitu 20/03/2014. Calon-calon boleh ambil keputusan SPM masing-masing di sekolah selepas pukul 10 pagi.
Semak Keputusan SPM menggunakan SMS
Nak semak menggunakan khidmat SMS senang sahaja. Berikut langkah-langkahnya:
Taipkan :
SPM<jarak>No.KP<jarak>ANGKA GILIRAN
dan hantar kepada 15888
Setiap SMS dikenakan cas penghantaran sebanyak RM0.15 manakala cas penerimaan RM0.20.
Berdebar-debar menanti keputusan SPM 2013
Bukan calon² SPM 2013 sahaja yang berdebar, kami guru-guru yang mengajar subjek SPM juga merasa debarannya. Macam saya sendiri, tahun 2013 merupakan tahun kedua ada calon² subjek Kimia di bawah saya sendiri. Pada tahun pertama iaitu calon-calon SPM 2012, peratus kelulusan adalah 100%. Jadi adakah rekod 100% ini dapat dikekalkan? Mudah-mudahan berjayalah dikekalkan. Harap² peratusan yang cemerlang juga meningkat.