Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Pong pong pong

Sudah tentu yang membaca bait-bait lagu tu akan tahu akan lagu yang sangat popular di zaman-zaman tadika masing-masing.


Kenangan Lucu Bersama Kereta


#1 Kepala Terkepit
Kejadian ini berlaku masa bujang dulu di Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Masa tu saya menumpang kereta rakan serumah bersama beberapa orang rakan serumah yang lain nak pergi makan malam. Dipendekkan cerita, saya menjenguk keluar tingkap kereta tetapi dalam masa yang sama siku tertekan butang naikkan tingkap cermin tersebut. Jadi memang kena bahan lah sepanjang perjalanan nak pergi kedai makan tu, bukan senang nak tengok orang terkepit kat cermin tingkap kereta kan?

Aksi terkepit ini adalah lakonan semula..tak sangka sakit jugak walaupun lakonan semula



#2 Diam disangkakan ‘breakdown’
Ini kalau nak cerita boleh dapat malu. Tapi sebab lucu, apa salahnya..hehe. Kejadian berlaku masa ambil isteri balik dari kerja. Selepas isteri masuk kereta, saya cuba menghidupkan kereta, tapi langsung tiada kedengaran bunyi.

Ah sudah, apahal pulak kereta aku ni!!'

Apa lagi, nasib baik ada jiran seorang pomen otai dalam proton

'Assalamualaikum bang! Kereta start takde bunyi langsung, kenapa bang?'

'Bateri kong ke?'

'Aik..bukan kalau bateri kong ada bunyi jugak?'

bla..bla...bla..(tak ingat dah cerita apa lagi)

Tiba-tiba mata terfokus pada kotak gear!!

La...Dalam mode D(Drive) rupanya. Masa matikan enjin tadi gear berada di posisi D..ceh

Lalu brader itu ketawa dengan sopannya.



#3. Kenapa kereta baru ku tak berbunyi?

Selepas lima tahun saya bersama Proton yang banya berjasa, saya ambil keputusan untuk tukar kereta, daripada sedan kepada MPV. Selepas selesai urusan terakhir pembelian kereta baru, dengan teruja selepas dipelawa ejen tersebut, saya masuk ke kereta baru tersebut dan menghidupkan enjin.

''Aik kenapa senyap takde bunyi Lucy?''

''Ada lor, itu enjin sudah hidup maa''

Saya keluar dari kereta barulah perasan enjin dah dihidupkan.

''Oh..kereta lama saya , bunyinya kuat sedikit''--> ayat bela diri..haha

Kenangan Pahit Bersama Kereta


#1 Dilanggar dari belakang

Kejadian berlaku semasa dalam perjalanan balik kampung. Semasa di satu kampung di Merapoh, trafik tiba-tiba perlahan , jadi saya pun turut memperlahankan kereta. Kenderaan masing² bergerak perlahan dalam 10-20 km/j. Tiba-tiba dari cermin pandang belakang saya tengok datang sebuah kereta proton saga dipandu agak laju, dan saya perhatikan pemandunya tidak tengok ke hadapan kerana bersembang dengan penumpang di sebelahnya.

'Bammmmmmmmmm!!!!

Kereta saya dilanggar dari belakang. Isteri masa tu tengah minum sechaawaann Radix, habis terpelanting ke depan airnya. Lalu saya pandu kereta ke bahu jalan. Dan orang kampung mula mengeremuni kereta kami , kereta di belakang masih berada di tengah jalan.

Orang-orang kampung di situ sangat prihatin, mereka memberikan nombor telefon polis berhampiran. Dipendekkan cerita, kami ke balai polis yang terletak berhampiran kawasan kejadian, begitu juga dengan kereta yang melanggar kereta saya dari belakang. Sesampainya di balai polis, pemandu kereta tersebut terlebih dahulu membuat report polis.

Sempat saya baca report mereka, katanya saya brek mengejut, padahal trafik masa tu memang perlahan dan kereta saya pun bergerak perlahan mengikut aliran trafik di hadapan. Selepas saya membuat repot, polis tu cakap jangan risau, apa-apa pun yang belakang salah. Jadi saya boleh claim insurans atas kereta dia lah.

Maka, selama berada di kampung, keadaan bonet kereta saya terbuka macam gambar di bawah. Bila kembali ke Putrajaya terus hantar bengkel di bawah panel insurans.

Kesan dilanggar dari belakang

Iswara yang melanggar kereta kami

#2 Dilanggar lari
Bunyi macam saspen saja kan? hehe. Kejadian berlaku kat parkir sekolah. Kereta saya sudah elok-elok parking di tempatnya. Bila nak balik terkejut dengan keadaan kereta macam ni,

Bumper jatuh dan penutup lampu kanan pecah


Fuh..sedihnya rasa, takde kesan calar apa pun. Bila ditanya di Service Center, dikatakan ia berlaku sebab bumper bertemu bumper, jadi tiada kesan calar walaupun lampu pecah dan bumper jatuh. Bila ditanya kos nak baiki di Pusat Servis, terkedu dengar lebih kurang Rm600++ lebih, penutup lampu saja dah RM300+. Mak oi, nak claim insurans pun nanti rugi NCD(No Claim Discount) je nanti.

Nasib baik brader jiran yang saya cerita tadi tolong masukkan bumper tu balik, lepas tu 2,3 hari lepas kejadian saya jumpa balik serpihan penutup lampu yang pecah itu di kawasan parkir sekolah,

Serpihan berjaya ditemui

Jadi lampu yang pecah tadi digam balik dengan gam epoxy, nasib baik hanya pecah kepada satu bahagian, senang je lah nak gam. selamatlah duit , tak payah keluar beratus-ratus. Kesan sambungan itu nampak kalau dilihat dari dekat, tapi alhamdulillah jugak lah, daripada keluar beratus-ratus.

Kesan sambungan yang nampak dari dekat

#3 Mekanik tak bertangungjawab

Ni adalah salah satu kejadian yang sangat-sangat dikesali. Mekanik yang bertanggungjawab membuat servis ke atas kereta saya dengan tidak bertanggungjawabnya telah menggantikan nat 'oil sum' kereta dengan palam pencucuh NGK sahaja. Itupun hanya diketahui apabila saya ingin membuat servis berikutnya di Pusat Servis yang berlainan.

Terus saya membuat panggilan terhadap pusat servis tersebut dan mereka menyuruh saya datang ke Pusat Servis mereka. Bos mereka pun terkejut apabila melihat kes ini.

Palam pencucuh NGK menggantikan nat

Ada titisan minyak keluar dari situ. Bayangkan sudah 5000Km saya melakukan perjalanan dengan keadaan 'oil sum' sebegini. Apa akan jadi sekiranya bocor?

Nasib baiklah bos Pusat Servis terbabit mengakui kesilapan pekerjanya, dan menggantikan Oil Sum yang baru, memandangkan oil sum ini sudah haus alur natnya. Kos penukaran tu mencecah RM1000 jugak, tapi nasib baiklah semuanya ditukar atas percuma, kalau tak bising jugaklah saya nanti. Bukti bergambar dah ada..hehe.

Perbaharui Insurans/Takaful dan Cukai Dengan Diskaun


Bila anda mempunyai sebarang kenderaan bermotor, sudah tentulah anda perlu membayar insurans/takaful kenderaan. Untuk memperbaharui insurans/takaful kenderaan bermotor anda, sudah semestinya kena ambil cuti kan semata-mata untuk urusan tersebut.

Kini anda tak perlu risau lagi untuk menyelesaikan sendiri urusan memperbaharuinya. Pilihla khidmat dari RichPlan4U.com iaitu syarikat yang menawarkan servis perbaharuan insuran/takaful kenderaan dan cukai jalan. “Smart Driver Sweet Discount 2014 Campaign” kempen terbaru daripada RichPlan4U.com yang menawarkan diskaun sehingga 15% ke atas NCD(No Claim Discout)


Contohnya jika NCD anda 25 % bernilai RM250, anda akan dapat tambahan diskaun 15% atas RM250 iaitu sebanyak RM37.50.

Selain daripada diskaun 15% tersebut, anda juga berpeluang memenangi wang tunai bulanan RM400 dan banyak hadiah cabutan bertuah seperti RM3000 tunai, Iphone 5S dan percutian 5 Bintang.


Testimonial Positif Untuk RichPlan4U.com
#1. Hihi, tengah nak renew insurance kereta & roadtax..tak sangka dapat Kenny Rogers Gift Certificate and Dome voucher...bolehlah pergi minum coffee & take away muffin after ni. Terima Kasih Smart Driver.

#2. Smart Driver the Best !!! Lowest price, Good service, most important i got a Starbucks membership Card while renew my insurance & road tax online...hihihi Thank You Smart Driver.

#3. Pada awalnya ingatkan nak renew insurance kereta je..tak sangka dapat starbuck membership card plak. Terima Kasih Smart Driver.

Boleh baca promosi hebat ini dengan lebih lanjut di SINI. Kalau anda berminat dengan potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac. Boleh isi borang tempahan awal di SINI.
Previous Post Next Post