Hari Selasa merupakan hari kegiatan korikulum di sekolah saya. Kelab dan Persatuan diselang selikan dengan Sukan dan Permainan , manakala aktiviti Unit Beruniform dijalankan pada hari Rabu.
Tahun ini saya ditugaskan sebagai guru penasihat Sukan Bola Tampar dan juga kelab Fotografi. Hari ni giliran aktiviti Kelab Fotografi. Minggu lepas sudah saya berkongsikan sedikit ilmu fotografi berkenaan dengan penggunaan shutter speed. 2 minggu lepas secara teori, hari ni bawak ahli² kelab jalankan secara praktikal. Dan aktiviti yang dipilih hari ni adalah acara lompat-lompat. Saya cuba bagi sedikit tips macam mana nak ambil gambar lompat agar lompatan tu kelihatan tinggi..hehe
![]() |
Gigih bereksperimentasi |
Pelajar² lelaki nampaknya nak mengelat daripada berjemur di tengah panas, jadi saya denda mereka melakukan aksi lompat ramai-ramai..keh keh keh.
P/S : Pernah gambar lompat saya menang Hadiah Utama berupa pakej percutian RM20K dalam satu pertandingan. Memang suka ambil gambar lompat-lompat ni.hehe