Kisah 1 : Ubat Gegat


Sekarang saya tengah mengajar kimia tingkatan 4, tajuk Struktur Atom. Dan di dalam topik itu ada satu ujikaji pemanasan dan penyejukan naftalena. Sebelum memulakan topik tersebut, saya bertanya :

'Siapa tahu apa itu naftalena?'



Diam. Tiada jawapan.

'Ok..Siapa tahu ubat gegat?'

Beberapa kerat mengangkat tangan dengan penuh yakin.

'Ubat lipas kenal?' tanya saya lagi.

Barulah bertambah bilangan yang mengangkat tangan.

'Yang tak angkat ni tak kenal ye ubat gegat/ubat lipas'

Yang tak angkat tadi menggeleng-gelengkan kepala mereka. Lalu saya menceritakan kepada mereka tentang ubat gegat diperbuat daripada naftalena. Dan penyudahnya saya berpesan.

'Balik nanti tanya mak atau ayah ada tak ubat gegat. Kalau takde pergi tengok kat kedai.'

Ubat Gegat Cap Harimau Selatan

Kisah 2 : Belerang.


Semasa tengah bincang soalan ulangkaji bab 2 Tingkatan 4, salah satu pilihan jawapannya adalah sulfur.

''Sulfur tu apa cikgu?''

''Tengok tak cerita Ular , diorang tabur serbuk kuning tu nak halang ular bla..bla..bla..'' ceramah saya dah bermula.

''Kitorang tak layan cerita Melayu cikgu!!''

Berlagak!! hehe

''Siapa yang selalu pergi camping perasan tak cikgu-cikgu awak akan tabur serbuk warna kuning keliling khemah. Tulah sulfur ataupun belerang''

''Ooooooooooo'' sambil mengangguk.

Ini serbuk sulfur, bukan susu tepung

Kesimpulan
1. Ubat gegat bukannya untuk merawat sebaliknya menghalau, begitu juga belerang digunakan untuk menghalang binatang-binatang berbisa. Tak silap melalui pembacaan saya dulu-dulu belerang mengeluarkan gelombang yang ditakuti oleh serangga-serangga berbisa contohnya jengking.

2. Makin ramai anak-anak muda tak kenal sesuatu yang bagi orang dulu-dulu adalah satu kemestian.





Previous Post Next Post