Saya sangat respek kecekalan Denaihati dan keluarga menjejak bumi Palestine untuk mengembara. Banyak gambar-gambar, kisah-kisah pengembaraan dikongsikan oleh tuan Haji Amir dalam blog beliau Denaihati dan tak lupa berkongsi juga di aplikasi instagram dengan menggunakan hashtag #kembarapalestine.




Lihatlah tembok pemisah itu setinggi 9 meter yang memisahkan yang berhak dengan si kejam perampas. Sudahlah hak saudara kita di Palestine dirampas, bahkan mereka diperlakukan dengan amat kejam sekali. Semoga Allah menghancurkan Rejim Zionis di muka bumi ini. Saya ingat lagi satu dokumentari yang mengisahkan kanak-kanak Zionis menghafal dan menyanyikan lagu yang menyemai kebencian mereka kepada rakyat Palestine.



Caption gambar di atas ini berbunyi 'Makam Nabi Shuib dalam Masjid Nabi Shuib di #jordan. Masih ingatkah kisah Nabi Shuib?'

Alamak!! Terasa jahilnya dalam pengetahuan kisah-kisah Nabi ni. Banyak yang sudah ingat-ingat lupa. Nasib baik sekarang sumber kisah nabi pun berada ni hujung jari. Baca 2 3 artikel berkenaan Kisah Nabi Shuib dan saya rasakan artikel INI paling senang difahami.

Kisah Nabi Shuib

Nabi Shuib a.s adalah daripada keturunan Nabi Lut di sebelah ibunya manakala berketurunan Nabi Ibrahim dari sebelah bapanya. baginda diutuskan oleh Allah s.w.t ke negeri Madyan, di sempadan negeri Syam. kaum tersebut menginggakari Allah dengan melakukan kejahatan seperti mencuri, menipu dan mengurangi timbangan.

Diangkat Menjadi Rasul
Beliau diangkat menjadi rasul untuk berdakwah kepada pendududk Madyan yang kufur kepada Allah. Mereka mengamalkan agama budaya yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. penduduknya mengamalkan penipuan dalam urusan jual-beli dengan mengurangkan sukatan dan timbangan secara berleluasa dan licik. Tujuan mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. selain itu mereka juga terjebak dalam kancah kemungkaran dan gejala sosial yang sukar dibendung. sebagaimana yang tersebut di dalam Surah al-A’raf :85
Maksudnya : “ dan kepada penduduk Madyan (kami utus) saudara mereka Nabi Shuib. Dia menyeru : “Wahai kaumku! sembahlah Allah, tiada Tuhan bagi kamu melainkan Allah. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan sesuatu yang menjadi hak orang lain jika kamu orang yang beriman”.

Dakwah Dan Penentangan Yang Dihadapi
Nabi Shuib a.s. menyeru agar kaumnya beriman kepada Allah dan hari akhirat, Namun beliau mendapat tentangan hebat. malah mereka mengejek dan mengancam akan menghalau beliau dan pengikut-pengikutnya jika tidak kembali semula kepada agama asal yang diwarisi daripada nenek moyang. mereka menghina Nabi Shuib kerana beliau bukan orang yang berpangkat dan tidak memiliki harta kekayaan yang banyak di mana menjadi ukuran masyarakat dunia ini. dengan itu mereka sukar menerima seruannya. Apatah lagi di kalangan orang-orang kenamaan dan pembesar negeri. Beliau diugut bahawa jika tidak kerana menghormati keluarganya sudah tentu mereka akan merejamnya dengan batu. Namun beliau tidak mengendahkan bahkan mengingatkan kaumnya supaya beriman kepada Allah sebagaimana dalam firmanNya dalam Surah Hud : 93
Maksudnya : “ Wahai kaumku, silakan kamu berbuat menurut kemampuanmu aku juga akan berbuat perkara yang sama. kelak kamu akan tahu siapa yang akan mendapat azab yang menghinakan dirinya dan siapa yang berdusta. Tunggulah azab Tuhanku. Aku sedia menunggu bersama kamu ”.

Balasan Terhadap Kekufuran dan penghijrahan Nabi Shuib a.s
Kesan daripada kedegilan dan kekejaman yang dilakukan oleh pendudduk Madyan telah ditimpa azab bencana ke atas mereka dan menyelamatkan Nabi shuib serta orang-orang yang beriman kepada Allah. bencana yang ditimpakan oleh allah ke atas mereka adalah berupa ledakan pedir yang dahsyat sehingga menyebabkan mereka mati bergelimpangan dalam rumah-rumah mereka. dengan itu, seluruh penduduk Madyan musan seolah-olah mereka tidak pernah mendiami wilayah itu sebelumnya. demikianlan balasan Allah ke atas manusia yang sombong dan menentang kebenaran. Kisah ini dirakam di dalam al-Quran Surah Hud ayat 94 – 95.
Maksudnya : Manakala datang hukuman kami, maka kami selamatkan Nabi Shuib serta mereka yang beriman denganNya dengan rahmat Kami, lalu orang-rang kafir itu disambar petir yang amat keras, menyebabkan mereka mati tersungkur dalam rumah-rumah mereka seolah-olah mereka tidak pernah menetap di daerah itu sebelumnya. Binasalah kaum Madyan sebagaimana binasanya kaum Thamud.

Dakwah Di Aikah

Setelah Allah s.w.t memusnahkan penduduk Madyan yang derhaka, maka Nabi shuib dan kaumnya yang beriman berthijrah ke Aikah. ia merupakan sebuah tempat yang subur di tengah padang pasir. Namun, penduduk Aikah sama seperti penduduk Madyan yang menipu dengan mengurangkan sukatan dan timbangan dalam urusan jual-beli. mereka menganggap penipuan itu adalah baik bagi mereka walhal perbuatan itu samalah seperti mencuri harta orang lain. menyedarai kemungkaran ini, nbi shuib dengan segera memberi peringatan akan azab yang pernah menimpa penduduk Madyan. Malangnya dakwah Nabi Shuib telah juga ditolak oleh penduduk Aikah. Mereka tidak mengendahkan dakwah Nabi bahkan dengan angkuhnya menyindir dan mencaabar kekuasaan Allah s.w.t. Allah berfirman dalam Surah al-Syu’ara’ : 185-187

Maksudnya : Mereka berkata sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari orang-orang yang kena sihir dan kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami. seseungguhnya kami yakin bahawa kamu sungguh termasuk orang-orang yang berdusta maka jatuhkanlah atas kami gumpalan-gumpalan dari langit kalau kamu sunguh-sungguh termasuk orang yang benar .

Azab Kepada Penduduk Aikah
Kaum Nabi Shuib tetap dengan kedegilan mereka, enggan menurut nasihatnya. Mereka terus mengamalkan penipuan dalam urusan jual-beli. mereka juga mempwertuhankan selain daripada Allah. Lantaran mengamalkan kehidupan yang keji dan sesat itu serta sikap degil mereka maka Allah membinasakan mereka dengan cuaca panas yang teruk selama tujuh hari sehingga mereka keluar ke tempat lapang untuk mendapatkan ufdara dingin dan segar. pada suatu hari, awan hitam berarak menyelubungi kawasan mereka lalu mereka keluar beramai-ramai kerana menyangka cuaca panas akan berakhir tiba-tiba angin bertiup kencang menyebabkan mereka tercampak bergelimpangan kemudian diikuti awan hitam dilangit dan ledakan petir yang amat dahsyat. Bencana itu menyebabkan mereka mati dan tiada seorangpun yang terselamat kecuali Nbi Shuib dan pengikutnya yang menyahut seruannya. Nabi Shuib a.s berpaling meninggalkan kaumnya yang telah binasa seraya memperingatkan roh mereka sepertimana firman Allah dalam surah al-A’raf : 93.

Maksudnya: “ Bukankah aku sudah menyampaikan rízala-risalah tuhanku kepada kamu dan aku juga telah menasihati kamu untuk apa aku menyesali kemusnahan orang yang kafir ”.

Demikianlah balasan ke atas kaum Nabi Shuib a.s yang sesat dan derhaka kepada Allah di mana mereka bukan sahaja sombong malahan mencabar supaya Allah menurunkan bala bencana ke atas mereka sebagaimana peringatan yang diberi oleh Nabi Shuib a.s. Akhirnya mereka menerima padah akibat kezaliman mereka sendiri.

Bagi sesiapa yang teruja untuk mengetahui pengembaraan hebat yang lain bolehlah terjah instagram Denaihati atau cari sahaja tag #kembarapalestine. Moga perkongsian Denaihati memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua.
Previous Post Next Post