SPM sedang berlangsung di seluruh negara kita. Semoga semua calon SPM 2013 dapat menjawab dengan baik dan diberi kesihatan yang baik di sepanjang peperiksaan berlangsung.

Baru-baru rakan sejawat saya yang merupakan seorang Guru Cemerlang Kimia ada berkongsikan sedikit soalan-soalan ramalan untuk subjek Kimia SPM 2013. Peperiksaan Kimia SPM ada lebih kurang 2 minggu lagi, jadi rasanya masih sempat memberi tumpuan lebih kepada soalan-soalan spot untuk subjek Kimia SPM 2013 ni. Tapi jangan 100% bergantung kepada soalan spot/ramalan. Ini hanya panduan sahaja.


Macam mana membuat soalan ramalan kimia SPM?

Biasanya cikgu-cikgu Kimia akan menganalis soalan-soalan percubaan SPM dari setiap negeri dan membandingkannya. Mana-mana topik yang ditanya dalam peperiksaan percubaan akan dibandingkan mana-mana persamaan, kerana mungkin topik yang sama disoal oleh beberapa negeri mungkin keluar. Mungkin sahaja.


Kertas 1
Baca semua bab..hehe

Kertas 2
Bahagian struktur :
  • Penentuan formula empirik menggunakan gas hidrogen
  • Asid bes-Pencairan
  • Jadual Berkala + Ikatan Kimia (tiap² tahun keluar)
  • Haba peneutralan/pemendakan
  • Sabun, detergen + bahan tambah dalam makanan
  • Kesan luas permukaan terhadap kadar tindakbalas
  • Penentuan takat lebur/takat beku naftalena
  • Penentuan formula empirik menggunakan gas hidrogen

Bahagian esei :
  • Proses Haber + baja + dan kekerasan aloi
  • Tindakbalas redoks menggunakan Fe(II) dan Fe(III)+ siri kereaktifan
  • Ciri² siri homolog + isomer
  • Penyediaan garam tak larut + ujian pengesahan anion
  • Membina siri kereaktifan berdasarkan beza keupayaan

Kertas 3
  • Kesan kepekatan terhadap kadar tindakbalas
  • Perbandingan elektrolisis larutan cair dan larutan pekat menggunakan elektrod karbon
  • Kesan sentuhan logam lain terhadap pengaratan besi

Itulah antara topik-topik yang diramalkan keluar dalam peperiksaan Kimia SPM 2013. Diulang!!! Ramalan..Ramalan tak semestinya benar belaka macam lagu Umbrella tu. Panduan ni boleh digunakan untuk memantapkan lagi persediaan menghadapai peperiksaan subjek Kimia SPM nanti. Fokus lebih , bukannya hanya semata-mata fokus terhadap topik-topik di atas.

Jom ulangkaji kimia!

Akhir kata.

GOODLUCK!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post