Bisnes Online Revolusi Bisnes Terkini


Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan

Cara berniaga itu terdapat pelbagai jenis dan kaedah. Dulu satu-satunya cara berniaga adalah secara bersemuka. Pelanggan terpaksa ke kedai-kedai tertentu untuk mendapatkan barang yang dikehendaki. Sekarang tidak lagi, barang keperluan boleh dibeli atas talian ataupun dengan bahasa Inggerisnya online.

Perniagaan atas talian ataupun online ini memang banyak kebaikannya, namun tak dinafikan ia juga mempunyai kekurangannya.


Kelebihan bisnes online


1- Kos Lebih Murah
Untuk memulakan perniagaan online, anggaran modal adalah serendah RM200 ke RM1,000. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger di gerai. Kalau Hot Burger dari Fizo Omar mesti modal lebih besar..hehe. Itu belum lagi anda sewa kedai di Supermarket yang sudah tentu kosnya berlipat kali ganda.

Bisnes online anda sebenarnya beroperasi di kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Yang penting untuk nampak profesional, laburlah duit untuk bayaran hosting dan domain. Cuba perhatikan 2 alamat web ini:

kedaikasut.wordpress.com dengan kedaikasut.com

Sudah tentu nama kedaikasut.com lebih menarik dan senang dihafal kan?

Kos online bisnes lebih murah

2- 24 Jam Operasi Bisnes
Perniagaan online anda boleh dijalankan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan kata lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Ianya bergantung kepada perkembangan teknologi terkini . Berbeza dengan bisnes offline, yang boleh dikatakan terhad kepada masa-masa tertentu.

Tiada istilah tutup dalam online bisnes kecuali semasa server down

3-Masa Bekerja Yang Bebas
Menjalankan bisnes online membolehkan anda tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Seperti yang dinyatakan di atas, bisnes online boleh dijalankan 24-7 untuk 365 hari setahun. Bila-bila masa saja anda boleh berbisnes. Sekalipun anda ada pekerjaan tetap di waktu pejabat, anda boleh menjalankan perniagaan online selepas waktu pejabat, tapi jangan berniaga waktu pejabat pulak!.

4- Kebebasan Tempat Bekerja
Dengan bisnes online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan laptop atau PC anda. Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan anda asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.


5-Prospek begitu besar dan meluas
Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini pengguna internet sedunia berbillion. Manakala pengguna internet di Malaysia pula adalah dianggarkan berjuta-juta. Sekiranya anda mahirkan diri dengan ilmu internet contohnya kemahiran SEO(Search Engine Optimization) dalam website anda, sudah tentu ramai yang menerjah website/blog perniagaan online anda.

Pelanggan datang serentak dari pelbagai tempat tanpa bertembung dalam kedai

6- Berniaga ketika tidur/pasif
Ia boleh dikatakan sebagai pendapatan pasif. Kalau perniagaan offline, untuk mendapatkan jualan, anda/pekerja perlu dalam keadaan jaga, dengan kata lain aktif untuk memperkenalkan produk-produk anda. Dengan perniagaan online, mungkin masa anda tidur, berduyun-duyun pesanan masuk yang menghasilkan jualan.

Terima order dari Siti Nurhaliza walaupun tuan kedai dah tido

7-Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka.
Dalam perniagaan konvensional/offline, maka sudah semestinya kita perlu mempunyai beberapa orang pekerja tetap. Maka sudah pasti kita perlu membayar gaji bulanan atau harian kepada mereka. Sebaliknya, untuk perniagaan internet, anda boleh melakukan bisnes berseorangan atau bersama isteri atau suami tersayang hanya di rumah sambil menikmati rancangan televisyen kegemaran.

Ok. Banyak lagi sebenarnya kelebihan bisnes online ni. Walaupun begitu, jangan dilupa, bisnes online juga mempunyai kekurangannya. Antaranya :

Kelemahan Bisnes Online


1.Kurang interaksi sosial.
Kebanyakkan bisnes online dilakukan dari rumah saja. Walaupun keadaan ini memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan sosial seperti yang berlaku di tempat kerja tradisional seperti pejabat. Hampir kesemua komunikasi bisnes online ini dilakukan dengan menggunakan email, IM, skpe, dan facebook dan keadaan ini menyukarkan interaksi sosial seperti yang berlaku dalam pertemuan face-to-face.

2.Memerlukan kemahiran ICT.
Kalau dah perkataan online sudah tentulah ia melibatkan teknologi maklumat. Ilmu² komputer, website, keselamatan internet mestilah ada dalam diri peniaga-peniaga online. Jangan sekadar berniaga tanpa ilmu di dada, kelak merana badan.

3. Sukar mendapat kepercayaan dari pembeli.
Untuk berjaya dalam bisnes online, kita perlu mendapat kepercayaan dari bakal pelanggan terlebih dahulu. Ini sangat mencabar kerana begitu sukar untuk meyakinkan pelanggan secara maya, lagi-lagi melibatkan traksaksi ratus-ratus mahupun ribu-ribu. Normallah kan, apa-apa yang melibatkan wang akan membuatkan kita berfikir tiga empat kali sama ada mahu membeli anda atau tidak. Ramai pengguna yang masih takut untuk membelanjakan duit mereka secara online. Ia sangat berbeza dengan membelanjakan duit di kedai-kedai biasa yang nampaknya lebih selamat kerana kita nampak barang tersebut di depan mata. Tidak perlu risau barang tak sampai.

4.Kehilangan pelanggan offline.
Tidak dapat dinafikan, bilangan pengguna internet kian meningkat saban hari, namun harus diingat, jumlah mereka yang tidak menggunakan/kurang menggunakan internet juga masih sangat ramai. Jadi kita telah kehilangan pelanggan konvensional yang tidak biasa dengan sistem online ini.

5. Perompak maya.
Secanggih mana pun teknologi transaksi internet itu, kita tetap akan terdedah dengan jenayah-jenayah siber yang pandai mengambil kesempatan. Oleh kerana biasanya pembelian online melibatkan tranksaksi bank secara online, ada kebarangkalian maklumat bank kita boleh terdedah kepada perompak-perompak maya menggunakan teknik phising.

Tingkatkan sekuriti blogshop anda!!

Berniaga online atau berniaga offline, kedua-duanya memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya. Tanpa usaha yang berterusan, berniaga cara mana pun tidak berjaya. Dapatkan panduan perniagaan yang tepat dari yang pakar, melaburlah sedikit untuk ilmu perniagaan tak kiralah online mahupun offline.

Oh ya, kalau nak tahu apa dia bisnes online pilihan saya boleh baca di entri bisnes online pilihan dan income pilihan online saya.

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja oleh MamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia  yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang,Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok dan VIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

1 Comments

  1. Wah menarik. Terbaik cara ni. Bisnes online shaklee memang evergreen. Meskipon ramai pengedar nya, masih nampak sangat relevan. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post