Masa itu emas, dan demi masa manusia dalam kerugian. Jadi masa itu sangat penting dalam hidup kita. Zaman dahulu, manusia melihat masa berdasarkan fenomena alam. Kita sekarang mudah, sebab ada jam tangan.

Haha..itu mukadimah bagi cerita kali ini iaitu jam tangan. Jam tangan saya yang dihadiahkan oleh isteri tersayang sudah masuk air gara² cerminnya retak kerana saya terlanggar pintu tandas Alamanda. Jangan tanya macam mana boleh terlanggar ye!

Hampir 5 tahun berbakti

Dah tanya kedai, kos tukar cermin dalam RM80 tetapi kalau nak cepat kena hantar ke HQ di KL sana. Nak ke sana tu yang tak sempat-sempat lagi. Nak beli jam baru kena fikir bajet pulak zaman-zaman minyak naik ni..hehe.

Ngam-ngam tengah fikir nak cari jam lain sebagai pengganti sebelum pergi tukar cermin, saya tertengok iklan jam di Facebook oleh Zalora Malaysia, laman web untuk online shopping. Bila saya cuba tengok² di bahagian jam tangan, saya dapati harganya agak lebih murah daripada di kedai. Tiada kos penghantaran, bolehlah cuba beli jam tangan online dengan Zalora .

Pilih-pilih yang mana berkenan

Sungguh mudah kan zaman pembelian melalui online ni. Jimat masa, tenaga dan duit minyak!

Post a Comment

Previous Post Next Post