Minyak naiklah.
Tak.Mana ada naik, khabar angin.
Fuh. Hari ni rata-rata media sosial rancak memperkatakan tentang kenaikan minyak ron 95. Sampai nak bergaduh tuduh menuduh semata-mata nak menceritakan minyak akan naik 3 September, iaitu esok. Ada akhbar online bagitahu isu kenaikan minyak itu khabar angin semata-mata. Tup..tup..rupanya yang dikatakan khabar angin tu rupanya betul.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Berita penuh di: http://www.astroawani.com/news/show/harga-ron95-dan-diesel-naik-20-sen-bermula-3-september-21544?cp
Nampak gayanya malam ni penuhla stesen² minyak. Suasana yang biasa kita dengar dan lihat bila terjadinya kenaikan minyak.
Alternatif mengatasi kenaikan minyak?
Merujuk kepada isu harga ayam naik haritu, mungkin kita boleh gunakan formula yang sama (bergurau je) iaitu jangan naik kereta atau naik motor atau yang sewaktu dengannya. Habis tu nak naik apa?

Haa..Naik basikal..hehe.
Sesiapa yang nak beli basikal online, boleh cuba ke FB Awang Tum Tum yang merupakan pengedar sah bagi basikal jenama Boardman + Fuji + EMC + Jamis + XDS + First Endurance EFS + Endura + Limar + SRAM + American classic + Cateye. Mereka menyediakan khidmat Cash On Delivery (COD)/pos di sekitar Lembah Klang dengan minimum caj RM30-RM150.
Untuk makluman, basikal di atas adalah tajaan Awang Tum Tum. Memang sangat praktikal untuk berbasikal secara santai di taman-taman.

Yang paling best senang dilaraskan ketinggiannya.

Dari rendah...

Menjadi tinggi..
Apa-apa pun, semoga kenaikan minyak ini tidak membawa huru hara dalam Malaysia. Sudah pasti, kita perlu bersedia dengan kenaikan harga barangan mahupun makan minum di kedai-kedai makan.
Minyak naik, jangan darah pulak naik.
Minyak naik, jangan darah pulak naik.
Post a Comment