Fuh..walaupun untuk tempoh yang agak lama, kegembiraannya tidak terkata walaupun hanya RM100, itu tetap rezeki!!. Keseronokannya seakan mendapat kuota internet tiga kali ganda seperti INI.

cashout churp²



Memang sangat lama tempoh yang saya ambil untuk buat duit melalui churp-churp ni. Antara penyebabnya :

1. Kurang dapat tugasan Social Seed :
  • Sekiranya mendapat Social Seed, lebih senang mendapat duit kerana ia bergantung kepada bilangan network kita. Sekiranya bergantung semata-mata dengan tugasan Social Share, iaitu duit masuk berdasarkan bilangan klik, memang agak sukar, melainkan anda menjalankan klik² secara JAHAT...haha.

2. Tak menggunakan secara optimumnya ruangan media sosial :
  • Sekiranya kurang mendapat Social Seed, maka sudah tentulah satu-satunya cara nak buat duit dengan churp² adalah dengan kongsikan iklan churp² di Facebook, twitter dan lain-lain. Kalau ayat iklan kita menarik, senanglah dapat klik yang mana nilai setiap klik 20sen-40sen. Dah dapat tampung kenaikan harga minyak seliter tu setiap satu klik..hehe. Sepanjang 3 tahun ni, saya tak gunakan secara optimum ruangan media sosial. Kebelakangan ini, cepat sahaja dapat kumpul duit melalui klik kerana menggunakan ruangan media sosial sepenuhnya

3. Memilih iklan :
  • Sebagai Islam, kita kena pilih jenis² iklan yang bercanggah dengan agama kita. Bukan setakat tolak iklan alkohol atau rokok sahaja, tetapi iklan² yang mengajak ke konsert Kpop dan sebagainya bagi saya tidak seharusnya dikongsikan. Walaupun mendapat tugasan Social Seed berkaitan konsert, saya abaikan. Baik rugi di sini dari rugi di sana nanti.

4. Jarang buka website churp² :
  • Kalau dah jarang bukak, macam mana nak tahu ada iklan untuk dikongsikan , betul tak? Jadi kena rajin-rajinlah buka website churp² ataupun subscribe je.

Itu serba sedikit post mortem saya terhadap kegagalan saya membuat duit dengan cepat melalui churp². Kalau kawan² ada cara yang masyukkk untuk buat duit dengan churp² atau yang seangkatan dengannya, jangan lah lokek berkongsi ilmu ye..hehe.

P/S : Seronok tak kalau dapat menggunakan internet yang laju tanpa had? Jawapannya ada di-> KLIK SINI.

Post a Comment

Previous Post Next Post