Tak nak?
Bohonglah kalau cakap tak nak kan kalau ada yang nak bagi percuma pakej bulan madu .
'Kecil tapak tangan, padang golf saya tadahkan'
Lagi-lagi kalau lokasi berbulan madu itu adalah di Bali, Indonesia yang mana ia adalah antara destinasi bulan madu yang popular. Tak kisahlah bagi yang baru berkahwin atau yang dah lama berkahwin. Kenapa Bali merupakan salah satu destinasi berbulan madu pilihan ramai termasuk saya dan isteri?
100% makanan halal :
Sebagai orang Islam, sudah semestinya kita mesti menitik beratkan soal halal haram makanan. Sekiranya sudah dijamin makanan adalah 100% halal, sudah tentu kami tak perlu risau untuk menikmati hidangan yang lazat² semua tu. Kalau berpeluang ke sana bolehlah merasa nasi padang asli di tempat asal masakan popular itu.
![]() |
Nasi padang Sumber |
Melawat Tempat² Menarik di Bali
Sudah tentu antara penyebab utama sesuatu kawasan pelancongan itu menjadi tumpuan ramai adalah disebabkan kecantikan-kecantikan yang terdapat di kawasan tersebut sama ada senibina ciptaan manusia ataupun keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung. Begitu juga di Bali, sangat banyak kawasan² tumpuan boleh menggamit pemandangan seperti :
![]() |
kintamani sumber |
![]() |
Tanah Lot Sumber |
![]() | |||
Bali Race Terrace Sumber |
Kalau nak disenaraikan satu² memang tak habislah tempat-tempat yang cantik di Bali ini. Semuanya dilihat secara maya sahaja melalui google. Bilakah peluang menikmati keindahan alam bersama yang tersayang di Bali menjadi kenyataan?
Menikmati matahari terbenam di tepi pantai
Menikmati salah satu kejadian ciptaan Tuhan iaitu matahari terbenam, merupakan salah satu kegemaran saya. Antara kejadian matahari terbenam yang saya sempat rakamkan adalah :
![]() |
Sunset di Putrajaya |
![]() |
Sunset di Morib |
2 gambar sunset di atas adalah di kota dan pantai di Malaysia yang tak kurang indahnya. Tetapi alangkah bertuahnya kalau dapat menikmati suasana matahri terbenam di Bali bersama isteri dan anak² tersayang seterusnya merakam detik² indah ini menggunakan kamera.
![]() |
Sunset di Tanah Lot, Bali Sumber |
Keh keh keh. Tak kasihankan melihat kami adakan 'candle light dinner' di dalam rumah sahaja? Kalaulah situasi di atas tu berlangsung di tepi pantai berlatarbelakangkan suasan pantai yang indah, desiran ombak memecah pantai dan dijamu dengan makanan yang enak? Fuh..romantisnya. ;)
Shopping
Bali juga terkenal dengan hasil kraftangan yang bermutu, menarik dan murah. Jadi kalaulah kami suami isteri dapat berbulan madu ke Bali, aktiviti membeli belah sudah tentu tidak akan dilepaskan. Tempat² seperti Pasar Seni Kuta dan Legian semestinya antara yang menjadi persinggahan untuk membeli belah.
Adakah angan² di atas boleh jadi kenyataan? Itu semua terpulang kepada rezeki. Kalau tak menang peraduan ini, mana tahu ada suatu hari nanti dapat pergi dengan duit sendiri..hehe.
Terima kasih kepada Tareeq Al Jannah kerana menaja peraduan anjuran iLuvTour.com ini.
Post a Comment