Dalam kita sedang menjalani ibadah Puasa di Ramadan yang mulia ini, tiba-tiba jerebu yang sudah hilang nampaknya kembali melanda di beberapa tempat di Malaysia. Kalau semalam beberapa tempat di Melaka iaitu di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai sudah menunjukkan bacaan IPU melebihi 100.
Hari ni semasa dalam perjalanan ke sekolah saya tengok Putrajaya pun seakan berjerebu. Di sekolah, iaitu di Bangi, jerebu nampaknya semakin menebal bila menghampiri tengahari. Berikut beberapa keping gambar terbaru dari persekitaran sekolah saya.
Kalau diperhatikan jarak penglihatan semakin terhad. Pelajar-pelajar sudah kecoh dengan Cuti Jerebu. Seronok pulak diorang dengan cuti akibat jerebu ni..
Harap² jerebu kali ini tidak merebak seperti sebelum ni lah.
Harap² jerebu kali ini tidak merebak seperti sebelum ni lah.
Post a Comment