Alhamdulillah, genap setahun umur Danish pada hari ini. Cepat sungguh masa berlalu. Masih terbayang² lagi pada malam Isnin 18/06/2012, balik dari kelas malam sebelum tidur tiba² isteri yang tengah sarat masa tu pecah air ketuban. Berbeza dengan anak pertama, turun darah. Agak panik juga sebab pengalaman pertama isteri pecah air ketuban. Nasib baik semua kelengkapan sudah sedia jadi terus masuk kereta ke Hospital Putrajaya.
Beberapa jam menunggu, tidur dalam kereta, tidur di sofa dekat lobi hospital akhirnya lebih kurang pukul 7 pagi 19/06/2013 saya dipanggil menemani isteri. Lebih kurang pukul 7.32 pagi(kalau tak silap), akhirnya Wan Afeef Danish selamat dilahirkan. Kali ini dapat menyaksikan sendiri proses kelahiran tersebut, anak pertama dulu terpaksa di'vakum', tak boleh tengok.
Keluar terus hisap jari siap ada bunyi lagi
Makin hari makin membesar, dari terbaring, merangkak, bertatih dan sekarang sudah boleh berjalan. Seronok melihat perkembangan anak² ni kan?


Susah nak dapat snap gambar, tak mesra kamera macam abang Darwisy..hehe
Selamat Hari Lahir Wan Afeef Danish!
Moga menjadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat.
Anak² adalah anugerah yang terindah dariNya. Alhamdulillah.
Selamat ulang tahun kelahiran
ReplyDeletedah setahun yer.. :)
Post a Comment