Pada Ahad lepas, balik je dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, kami sekeluarga menghala ke Dengkil kerana ada urusan. Alang² dah sampai Dengkil, terasa terpanggil-panggil pulak oleh Cendol Bakar Kuala Selangor yang kini ada di Dengkil. Di Pekan Dengkil sudah ada banner Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil.

Banner Cendol Bakar


Lokasi Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil



Koordinat gps 2.859927 101.692717.

Lokasi Cendol Bakar Dengkil

Sampai di situ, ramainya tengah beratur untuk mendapatkan semangkuk atau bermangkuk-mangkuk Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular itu.

Beratur panjang semata-mata semangkuk cendol

Yang menariknya, siap ada pandu lalu lagi..hehe. Tapi janganlah menyamakannya dengan McD atau KFC, sebaliknya akan ada seorang pekerja yang akan mengambil order dan menghantar cendol yang siap kepada pembelinya.

Pandu lalu

Agak janggal dengan cara 'layan diri'. Biasanya kalau layan diri, semuanya kita ambil sendiri pergi bayar je. Kali ni layan diri ni order dan ambil..hehe.

Kaunter

Akhirnya dapat juga cendol bakar yang sedap ini. Saya order 2 jenis cendol dan sepinggan tauhu untuk 2 orang.

Tauhu Bakar
Tauhu RM2

Cendol Pulut RM2.50

Cendol Durian RM3.00

mrs fiza dengan cendol, darwisy dengan teh o, danish tido

Menu² Cendol Bakar

Rasanya memang sedap. Ada rasa pahit² seakan-akan kopi mungkin kesan daripada air gulanya yang dibakar. Dengan harga yang murah, ianya sangat berbaloi-baloi untuk buat U-Turn sejauh 3km untuk balik ke Putrajaya.

Cadangan

1. Kebersihan perlu ditingkatkan lagi setaraf dengan kepopularan yang ada.
2. Buat sistem nombor. Ambil order, diberikan nombor. Jadi pelanggan² tak perlulah berpanas beratur panjang. Sistem ini ada dipraktikkan di Gerai Roti Canai di Presint 9 Putrajaya.






1 Comments

  1. Lalu area Dengkil nanti mesti saya singgah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post