Baru² ini saya ada kongsikan pengalaman menggunakan mode panorama dalam kamera iPhone 5 (sila klik). Ada beberapa pengguna android mengatakan agak cemburu dengan kemampuan iphone 5 mengambil gambar panorama. Di sini saya nak kongsikan satu aplikasi untuk pengguna android yang minat dengan gambar² panorama iaitu Wondershare Panorama.



Percuma saja dan senang digunakan. Sebahagian gambar² panorama yang saya berjaya rakam seperti di bawah menggunakan Samsung Galaxy SII yang saya menang pada tahun 2011.




sunset


PICC


Masjid Tuanku Sultan Mizan


Pantai Cherating

The Legend Hotel and Resort, Cherating


Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu


Ruang solat Masjid Al-Muktafi Billah Shah






Belon Udara Panas 2013

Pada pandangan saya aplikasi Wondershare Panorama ini sangat bagus, cuma ada sedikit kelemahan seperti tidak dapat mengambil gambar secara menegak dan juga agak sensitif terhadap sedikit pergerakan, contohnya gambar masjid di atas. Disebabkan pergerakan, tengoklah apa jadi (bahagian kubah). Berbeza dengan mode panorama iphone 5 yang tidak terganggu dengan sedikit pergerakan.

Apa²pun, aplikasi ini tetap terbaik untuk pengguna Android. ;)

2 Comments

  1. Ada beberapa aplikasi camera panorama ni.. sop dah guna dulu tp kurang berminat dgn panorama gambar ni. Jd unistall. Tp kalau rasa syg nak ambil gambar yg view besar mmg bgd :)

    ReplyDelete
  2. Menarik juga apps ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post