Malam tadi sambil² nak siapkan rancangan pelajaran terdetik hati nak tukar gambar gravatar ala² remaja, yang digunakan sejak dari 2008 lagi..haha. Ni gara² teringatkan kata² bro hafizmohd semasa di #SBB2013.

'' Rupanya cikgu naman lagi kacak di luar berbanding gravatarnya''

Walaupun saya tahu ayat itu hanya bodekan nak pinjam basikal XDS yang saya menang haritu, tapi ada betulnya juga..hehe.

Gravatar lama masa muda remaja, cara ambil pun ala-ala remaja..haha

Puas dicari gambar² yang sesuai untuk ditukar tak jumpa, last² pakai je gambar passport. Baru skema, sesuai dengan blog cikgu²..haha.


Nak letak gambar cendol ni, tapi nanti ada yang marah pulak..hehe.


Maksud Gravatar Rakan² Blogger?
Macam² gambar gravatar rakan² blogger saya tengok. Kalau cikgu juara pantun dengan gambar ala² che guavara, gambar mat cendol kacak gambar zaman sekolah (kalau tak salah), gambar bro zulkbo pula dari sisi (supaya nampak kurus..hehe) dan macam² lagi

Tapi ada juga yang tiada gravatar. Bila mengomen tak nampak lah gambar kita yang kacak atau jelita tu..hehe.

Boleh kongsi-kongsikan kenapa memilih gravatar yang digunapakai sekarang ni di ruangan komen. ;)








2 Comments

  1. Bertambah kacak dan tampan lagi ensem. Satu perkembangan yg sihat. Cikgu yg kacak bergaya.

    ReplyDelete
  2. Gambar remaja tu memang best la bro..ramai tergoda kalau tengok tu..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post