Hari dah masuk 24/12/12. Maknanya tinggal beberapa jam lagi sebelum para peserta boleh menarik nafas lega dan tidur lena. Tak perlu pm kawan² minta vote dan G+1 hari-hari lagi..hehe.
Goodluck kepada semua peserta. Harap² banyaklah iPhone 5 gadget impian yang akan diberi. paling kurang pun 5 memandangkan iPhone 5 diberi nama..haha.
Berbalik kepada tajuk, alhamdulillah. Banyak kesan positif contest ini terhadap blog saya dan saya percaya kepada blog rakan peserta yang lain dan sudah semestinya kepada blog penganjur, Denaihati.com.
Antara kesan² positif kepada blog saya adalah.
Alexa Rank
Sebelum contest global rank 400K lebih dan rank dalam Malaysia 2K lebih
Trafik dan earning
Itu sudah semestinya. Maklumlah tak pasal² orang lain 'dipaksarela' masuk blog kita untuk klik G+1. ;). Dan sesiapa yang ada iklan tengah berjalan mestilah bertambah earningnya
Rezeki, ada iklan tengah berguling-guling di blog ni.
Ilmu
Saya percaya ramai peserta akan dapat ilmu baru. Ilmu tarik pengundi, ilmu tukar² undi dan ilmu SEO. Mungkin ada lagi ilmu² lain yang dapat sepanjang contest ini berlangsung. Bagi saya, pertama kali join contest yang melibatkan SEO, sudah semestinya banyak yang kena belajar.
Persahabatan
Wujudnya persahabatan secara atas talian antara peserta². Samaada dalam negara dan luar negara. Saya sendiri mula mengenali dadan, bang iwan dan ferry irawan blogger dari Indonesia. Tak sangka bang iwan juga seorang guru Kimia macam saya juga. Cuma beliau juga guru ICT. Patutlah pagerank 4 dan senang dapat undi dari siswa-siswa..hehe.
Sepatutnya ni cuti sekolah. Dan sebagai cikgu mesti orang fikir saya dapat fokus sepenuhnya terhadap contest ini memandangkan cuti sekolah kan?
No..no..nehi..nehi ispector sahab.
Sebenarnya saya ada tugasan lain serentak dengan contest iPhone 5 gadget impian ini.Kebetulan tarikh akhirnya sama iaitu 24hb..Tugasan itu memerlukan komitmen yang tinggi sebagaimana contest gadget impian. Jadi kena bahagi masa lah. Cuma tugasan itu berbayar, dan tugasan contest ini pula berbaloi-baloi kalau menang. iPhone 5 tuuuuuuu, siapa tak nak kan walaupun konon²nya bukan peminat apple. ;)
Sebelum saya mula menyambung kerja yang sedikit lagi nak siap ni, sekali lagi goodluck kepada peserta dan terima kasih kepada sesiapa yang membantu saya dalam contest hebat penghujung tahun ini.
Sebelum saya mula menyambung kerja yang sedikit lagi nak siap ni, sekali lagi goodluck kepada peserta dan terima kasih kepada sesiapa yang membantu saya dalam contest hebat penghujung tahun ini.
Hari terakhir juga untuk cabutan bertuah tak seberapa ini. Klik gambar untuk ke entri itu.
Dr segi alexa mmg mmbntu mncantikkan nombornya....hehe
ReplyDeletewah..byk betul upyg on going....tahniah cikgu!
Post a Comment