Bloglist guru² di blog saya ni semuanya akan sunyi. Maklumlah dah akhir tahun..hehe. Masing² sibuk menyiapkan tugasan akhir tahun masing² termasuklah penandaan kertas peperiksaan akhir tahun.
Sama ada saya tak beberapa cekap atau portal Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang tak mesra pengguna. Agak susah nak cari skima jawapan peperiksaan akhir tahun negeri Selangor tahun 2012 di Portal Jabatan Negeri Selangor. Kena godek² baru jumpa. Kerana saya tengok maklumat tak sampai kepada guru² bahawa skima jawapan boleh dimuat turun di portal jabatan. Mungkin ramai yang tengah mencari-cari tu.
Jadi nak memudahkan cikgu² yang meng'google' Skima Jawapan Peperiksaan Akhir Tahun Selangor, saya sertakan terus link ke page tersebut. Mana tahu dapat trafik mencanak..hehe. Tapi ini untuk Tingkatan 4 sahaja, tingkatan 2 belum keluar lagi.
Ok cikgu-cikgu, sila klik pautan di bawah.
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=563&Itemid=44
Pilihlah subjek masing², klik kanan dan save lah jawapan itu di laptop/PC masing² ye. Selamat menanda!!
Post a Comment