Gila!!

Itulah yang terlintas terus di fikiran saya apabila menonton video dari youtube, Harapan Bangsa nyanyian Jacklyn Victor.

Lirik² lagu ini menggambarkan Yesus adalah tuhan kepada semua suku kaum di Malaysia. Cara video ini dipersembahkan boleh mengelirukan anak² kecil yang sudah mengenal youtube.

Atau mungkin nyanyian ini asalnya bukan untuk disebarkan? Apa²pun video Harapan Bangsa ini perlu disekat sebelum menjadi virus menyesatkan akidah umat Islam di negara kita. Mungkin ia hanya lagu untuk dalam gereja, tetapi saya ulangi cara persembahan video ini sangat bahaya untuk akidah.

Saksikan sendiri, diharap beristighfar banyak², jangan terus caci dan keluarkan kata² kesat di bahagian komen.


Pendapat saya, yang tak semestinya sama dengan pendapat orang lain, video ini perlu disekat sebelum anak² kita yang semakin celik IT tetapi dirisaukan imannya belum cukup kuat terpengaruh dan menyanyikan lagu ini. Lagi² melodinya indah cuma dijahanamkan oleh lirik² durjana itu.

Dah dekat PRU13 ni macam² boleh berlaku. Harap² jangan ada alasan hak bebas bersuara pulak.

Jom flag ramai² video Harapan Bangsa nyanyian Jacklyn Victor ini. Bukan boikot Jac (mungkin ini hanya untuk kegunaan gereja) tapi boikot video ni. Mungkin tiada apa² kesan atas tindakan flag kita itu, sekurang-kurangnya ada tindakan dari kita. Bukan sekadar bercakap ' ahh..kebebasan beragama'. Walaupun tiada tindakan yang boleh dibuat oleh pemimpin negara, ada tindakan yang kita boleh buat walaupun tindakan kecil 'flagging as inappropriate'.

EDITED : Komen dari tuan punya video-->I made this video when I was under persecuted in my own land (Malaysia) and by my own people...and I have to get out from Malaysia. So This is my prayer..that setiap suku dan bangsa di Malaysia akan tau bahawa Yesus adalah juru selamat.

Post a Comment

Previous Post Next Post