Pada hari raya keenam baru-baru ini, kepala Danish telah selamat dibotakkan. Sama macam Darwisy dulu, dibotakkan kepala sebab kata orang tua², rambut selepas cukur lagi elok, lepas tu nak bagi clear daki² kat kepala tu.

Macam Darwisy dulu kami buat sekali dengan majlis akikah. Tapi kali ini kekangan masa membuatkan kami tangguhkan dulu, kemungkinan buat secara online sahaja melalui e-qurban. Kalau kampung dekat mungkin nak menguruskan kenduri tu senang, tapi sebab kampung jauh nanti urusan terpaksa diserahkan kepada orang tua kami pulak, malas menyusahkan mereka dah.

Ambil gambar dulu sebelum dicukur

Kami memanggil tok bidan untuk cukur rambut Danish, jadi proses mencukur tu dilakukan secara tradisional lah, dengan daun² khas dan air limau purut, tak tanya pulak tok bidan tu kenapa. Ada siapa yang tahu? hehe.

Kebetulan pagi Jumaat tu Danish betul² tidur dengan lena, dari awal sampai nak habis dia lena tak sedar rambut dicukur.





Elok je Danish landing atas peha mak bidan tuu..hehe

Tengok daki² kepala habis sekali dicuci. Kalau tak cukur memang lamalah daki tu melekat di kepala.

Dah siapa cukur mandi pulak. Baru nak nangis tu bila dah sedar.

Jom tengok kekacakan Wan Afeef Danish dengan kepalanya yang sudah tiada rambut.



Post a Comment

Previous Post Next Post