Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Jadi sudah tentulah banyak jemputan rumah terbuka kan? Hujung minggu ni dari Jumaat sampai Ahad ada jemputan ke rumah terbuka. Jadi hujung minggu ni orang cakap boleh gantung kuali lah, sekadar masak untuk sarapan je la..hehe

2 jemputan kad raya dari cikgu sekolah. Yang atas tu jemputan ke rumah Pengarah Urusan Al Ansar Properties.
Hari tu puasa dah turun 2kg berat badan. Beberapa hari lepas timbang datang balik 2kg yang hilang tu..haha. Betul pakar diet cakap, penurunan dalam bulan puasa tu sementara saja. Tu nasib baik hilang 2 ganti 2. Kalau ganti 5kg?
Macam mana dengan kawan² semua? Banyak jemputan? Dapat memenuhi semua jemputan?
dah boleh gantung kuali sementara cikgu naman. memang banyak jemputan kawin n open house
ReplyDeleteBerat badan aku turun 3kg dalam bulan posa hari tu, hari ke 3 beraya naik balik 3kg. Cepat betul berisi balik. Hehehhe
ReplyDeletePost a Comment