Sudah lama blog ni ditinggalkan. Sempat update wordless wednesday je..haha. Mentang²lah pos satu gambar je.
Sekarang dah nak masuk penghujung tahun ni guru² mula sibuk. Dengan anak² didik nak SPM, PMR dan ujian akhir tahun. Dengan penandaan kertas percubaan PMR/SPM. Dengan bisness online macam yang jurutera popular cakap tu , dan macam² tugas lagi yang kebanyakan guru bawa balik ke rumah, kadang² sampai ke atas katil.
Beberapa kali masuk dashboard nak tulis entri tapi terbantut. Kadang² sebelah malam tu terlalu penat tak boleh nak menjana idea walaupun idea dah ada..hehe. Sempat baca dua tiga blog lepas tu tidur..
Jadi sebagai alternatif untuk mengembalikan semangat berbloging bolehla dicuba dengan cara :
1. Masuk nuffnang.com.my dan log in
2. Tengok earnings bahagian CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns
dah berminggu dia dengan baik hati menginap di blog ni
Wah..ada iklan tengah berjalan-jalan. Jadi takkan nak membazir macam tu je. Haruslah tulis entri.
Haha. Sebenarnya entri ini sebagai pemanas enjin setelah lama blog ditinggalkan tanpa entri selain wordless wednesday. Berdasarkan pengalaman, kalau saya tinggalkan blogging berhari-hari, nak memulakan balik menulis tu sangat susah, lagi² di waktu sibuk.
Bagi saya berblog semata-mata nak duit, hilang keseronokan berblog, tapi tak salah kan? Ramai dah memang jadikan blog sebagai sumber pendapatan. Kalau dapat duit melalui blog mestilah seronok. Lagi² kalau angkanya dah cecah empat angka. Bukan setakat seronok, beronok-beronok dah.
Post a Comment