Selepas membaca entri Google PageRank update Ogos 2012, tergerak hati nak check pagerank blog sendiri. Dah agak mesti masih lagi PR0 sebab baru je tukar domain pada 18/06 yang lepas. Sebelum ni yang saya dengar ambil masa yang lama jugak nak dapat PR yang lama selepas tukar domain. Tapi tak sangka sekejap je dah dapat balik.
Dan saya cuba check PR blog wife, terkejut bila dia dah PR3, padahal blog dia lagi lambat tukar domain.
Fuh. Dikalahkan blog isteri, padahal saya rasa dia pun tak ambil tahu pasal pagerank ni..hehe. Jeles..jeles.
Tapi dari ranking Alexa, blog saya jauh meninggalkan blog beliau..ngeh ngeh ngeh.
Jom check pagerank blog masing² di http://www.prchecker.info/. Bagi sesetengah blogger ia tiada makna tetapi sebenarnya pagerank ni sangat memberi makna kan?
Post a Comment