Wah..Lama sungguh saya meninggalkan blog ini. Sempat jenguk kejap² je baca entri kawan² melalui phone, yang mana support versi mobile lah. Sekadar jadi silent reader je la.
Rasanya kebanyakan mereka² yang balik beraya sudah kembali di perantauan tempat mencari rezeki. Selamat bekerja kembali kepada kawan². Walaupun masih mood raya, kerja tetap kerja ye..hehe.
Tak terlambat lagi kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin. Kot² ada silap salah selama berblog, tinggalkan komen yang mengguris jiwa ke..hehe.

Dalam kita bergembira menyambut Syawal, rakan kita Jejai di http://www.teratakarmo.com/ sedang bertarung melawan ujian Allah, kanser peparu tahap 4. Sama² kita bantu beliau. Maklumat lanjut ada di blog eyriqazz.
Post a Comment