Header di atas saya buat untuk blogger sensasi2020, atau nama sebenarnya kamil salleh. Saya mengenali beliau semasa contest Gajet Impian di blog Denaihati beberapa bulan lepas.

Atas kesudian beliau membantu saya dalam contest tersebut, jadi saya buatkan satu header dan ada juga saguhati² lain yang tak terbuat lagi..hehe. Walaupun tak menang pun, sumbangan kamil salleh sangat² dihargai.

Ringkas je header yang saya buat, harap² tuan empunya badan suka lah..hehe. Dulu pernah juga ambil tempahan buat header dari blogger². Boleh tengok header yang pernah saya buat di entri header RM10. Tahun ni agak sibuk, dengan tugas sekolah dan juga tuisen, jadi dah tak buat dah. Tapi kalau ada yang berminat, dan ada masa bolehlah buat pelan². ;). Kat bawah ni pula cover yang saya buat untuk fanpage, fb.com/cikgunaman

jom like fb.com/cikgunaman ;)


Oleh kerana beliau suka berpantun, ada satu pantun saya nak jual kat Kamil Salleh. Beli jangan tak beli.

Kamil Salleh empunya badan
Blognya bukan sekadar sensasi
Terima kasih atas bantuan
Ada contest lain tolonglah lagi


Kepada kawan², jom follow sensasi2020. Nanti bolehlah berbalas pantu di blog beliau, tengok siapa lebih hebat berpantun. Mungkin Kamil Salleh boleh lawan pantun dengan Cikgu Tehr yang pakar berpantun tu.

P/S : Kalau ada rakan² blogger yang belum ada header dan nak saya buatkan, sila komen saya pun nak..hehe. Kalau ada masa insyaAllah saya buatkan tapi yang ringkas² macam di atas la ye.

Post a Comment

Previous Post Next Post