Sudah lama tak dapat cek dari nuffnang, sebab dah lama tak cashout. Sebab apa tak cashout? Sebabnya tak berapa banyak..hehe. Tapi haritu malangnya tertekan butang cashout. Tak sengaja tekan cashout, sama jugak dengan wife, dia pun tak sengaja pulak. Boleh pulak kebetulan

Jadi tadi dah sampai cek dari nuffnang untuk kami berdua. Itu adalah cek yang keenam buat kami berdua, selalu cashout serentak, nanti seronok dapat sama-sama, nampak macam banyak sikit.

Model tetap, Darwisy yang teruja lebih dapat cek


Walaupun sedikit, tetap rezeki, alhamdulillah. Cukuplah kalau nak belanja titan semangkuk cendol special. Kalau titan nak bawa Ain Maisarah dan skandal²nya yang lain juga insyaAllah masih cukup, kalau setakat cendol lah..haha. Bukan ribu riban macam eyriqazz yang nak belanja pizza hut dengan cek terbarunya itu.

Seronok tau dapat duit melalui blogging ni. Walaupun sedikit je, kalau banyak lagi berganda seronoknya kan?


Post a Comment

Previous Post Next Post