Akhirnya Radix Fried Chicken (RFC) berjaya juga membuka cawangannya yang pertama di Selangor iaitu di Seksyen 7 Shah Alam . Ia telah dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2012. Kami sempat singgah makan di sana Sabtu lepas selepas membeli-belah kat Jakel. Ini adalah kali kedua kami makan di RFC, yang pertama di Sungai Petani. Boleh baca di sini
Lokasi RFC Seksyen 7 Shah Alam ;
No 2. Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7 Shah Alam.
(Landmark: depan padang Sek Ren Keb Seksyen 7, Shah Alam)
Waktu Operasi:
Dibuka: Isnin – Khamis 10 pagi – 1 pagi.
Jumaat – Ahad 10 pagi – 12 tengah malam.
Kalau dari Jakel (sebelah kiri), pergi terus je sampai jumpa traffic light ambil kiri. Terus je sehingga nampak RFC tu ada di sebelah kanan dan buat U-turn .
Bangunan RFC Seksyen 7 Shah Alam
Harga makanan sudah naik kerana kos ayam organik sudah meningkat, tapi masih berbaloi dengan 2 ketul ayam dan nasi bagaikan nasi tambah, agak banyak. Hanya 2 menu yang kami ambil hari tu iaitu ;
Nasi Herba, 2 ketul ayam + sup + sos + air berkarbonat RM10.55
Nasi Ayam + Ayam 2 ketul + sup + sos + air berkarbonat RM10.35
Dah dituang sos
Hairan kenapa kami dapat cawan macam ni, mungkin cawan yang sepatutnya sudah habis
Posing sebelum makan
Ada juga tempat main untuk kanak² tapi kecil je. Mungkin kalau dah ramai pelanggan nanti kenalah besarkan sikit ye.
Alhamdulillah kenyang. Harap² lepas ni bertambah banyak lagi cawangan RFC di tempat² yang strategik di sekitar Lembah Kelang, kalau dapat buka kat Putrajaya lagi cantik..hehe .Lepas makan terus ke GM Klang cari barang.
Oh ye kalau nak buat sendiri ayam RFC kat rumah boleh baca cara membuat ayam RFC.
P/S : Gambar dari Samsung Galaxy SII mama Darwisy. Sekarang dah malas usung DSLR..hehe
Post a Comment