Pada tahun lepas, saya ada mengajar 'home tuition' kepada seorang pelajar, Amir seorang calon SPM 2011 di atas permintaan ibunya. Berat juga nak terima sebab jarak ke rumahnya adalah 25km sehala, tapi akhirnya saya terima juga. Dan beliau membayar lebih daripada apa yang saya minta, mungkin beliau memikirkan jarak yang saya ambil untuk ke rumahnya itu.

Saya mengajar beliau subjek Matematik Tambahan dan juga Kimia. Saya mula mengajarnya pada pertengahan tahun lepas, jadi satu cabaran jugaklah disebabkan keputusan kedua-dua matapelajaran tersebut tidak berapa bagus. Matematik Tambahan tidak pernah lulus dengan markah bawah 20, manakala untuk subjek Kimia lulus tapi di atas pagar sahaja, sikit lagi nak jatuh dari pagar tu..hehe.

Saya membantu setakat mana yang boleh dengan masa yang singkat, alhamdulillah, dalam peperiksaan percubaan Amir lulus kedua-dua mata pelajaran. Terpancar jelas kegembiraan Amir masa dia cerita hanya 3 orang saja lulus dalam kelasnya. Saya pun tumpang gembira dapat membantu sedikit sebanyak.

Masa hari terakhir tuisyen, tiba² mak dan ayahnya bagi 2 bungkusan hadiah, katanya hadiah untuk saya kerana mengajar anaknya. Berat juga untuk terima kerana boleh kata setiap kali mengajar, ada saja buah tangan dibawa balik, dari kuih raya hinggalah ke telur masin..hehe. Balik² buka kotak tu rupanya sebatang pen marker dan sehelai kain sarung untuk isteri. Haa, isteri yang tak kena mengena dengan tuisyen pun dapat..hehe.

Rupanya mahal juga pen parker ni ye. Dulu tak ambil tahu pun.

Bila keputusan diumumkan baru² ini, ibu beliau ada menelefon, tapi saya tak angkat, tak perasan sebab tengah mengajar, HP dalam mode Silent. Tak sedar pun HP bergegar, sedang asyik mengajar barangkali. ;)


Alhamdulillah, Amir dapat B untuk Matematik Tambahan, daripada asalnya tak pernah lulus. Manakala agak tidak berapa baik untuk KImia kerana hanya mendapat C. Saya tumpang gembira dengan kejayaan beliau.

Banyak juga yang saya baca mengenai cemuhan orang ramai terhadap cikgu-cikgu yang asyik nak mengajar tuisyen je cari duit lebih. Bagi saya tak salah, kalau ikhlas mengajar. Kalau ikhlas mengajar duit dapat pahala pun insyaAllah. Tapi kalau setakat nak cari duit lebih mengajar ala kadar tidak berapa baguslah. Yang paling penting 'Utamakan Apa Yang Patut Diutamakan Dahulu'. Jangan sampai anak² didik di sekolah kita abaikan kerana mengejar duit tambahan.

Saya rasa kalau kita ikhlas mengajar dan berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan sesuatu itu supaya pelajar faham, insyaAllah mereka akan menghargainya, walaupun subjek 'pembunuh' seperti Matematik Tambahan dan walaupun hanya sekadar guru tuisyen.

tweet dari bekas pelajar yang saya ajar tahun lepas masa di tingkatan 4, sekarang beliau dah pindah sekolah. Bukan tweet dari Amir..hehe

Di zaman sekarang kos suatu kehidupan semakin meningkat, tengoklah harga rumah, tengoklah harga teh O secawan dah naik kepada berapa sekarang. Daripada menunggu dan menunggu kenaikan gaji banyak², dan apabila tak naik seperti yang diharap kita caci pemimpin, saya rasa baik cari duit tambahan sendiri, rezeki ada di mana-mana. Melalui blog sekalipun boleh dapat sumber tambahan.

Alhamdulillah sekarang ni pun ada juga panggilan jadi guru tuisyen 3kali seminggu. Masa muda ni bolehlah bekerja lebih masa sedikit walaupun kerja kat sekolah itu sendiri pun dah memenatkan. Kena berkorban masa dan tenaga sedikitlah. Sebab itulah masa berblog pun dah kurang..hehehe.

Nota Ringkas : Dah lama tak menulis panjang.

Post a Comment

Previous Post Next Post