Sudah sebulan saya hantar laptop ke bahagian warranty. Nasib baik lah ada jaminan selama 5 tahun, jadi apa² kerosakan yang bukan disebabkan kecuaian bolehlah claim warranty. Tak payah keluarkan duit baiki, kalau tak boleh baiki diorang ganti yang baru atau yang sama nilai. Fuh, sebab itulah pemilihan tempoh jaminan menjadi keutamaan saya ketika membeli barangan elektronik.

Tapi setiap kali call diorang bagitahu masih lagi 'under checking'. Sampai diorang cakap tak payah call dah, tunggu je panggilan. Amboi marah nampak.

Mood blogging sekarang merudum kerana yang ada sekarang hanyalah laptop pinjaman Toshiba yang lama. Tidak sesuai untuk edit gambar dan membuat multitasking kerana RAM hanya 500mb sahaja. Tapi syukurlah, ada juga laptop untuk diguna walaupun agak slow..hehe..

Keadaan laptop yang saya pinjam agak menyedihkan. Tapi banyak gunanya sebab laptop sendiri tiada

Kalau dapat Toshiba Ultrabook free ni mestilah seronok tak terkata..hehe.

Post a Comment

Previous Post Next Post