Tulisan ni untuk muhasabah diri dan juga berkongsi dengan rakan-rakan sekalian.

Kita mampu online berjam-jam lamanya di depan PC dengan

a) Bloggging
Update, blogwalking dan macam-macam lagi. Belajar teknik naikkan trafik, teknik SEO, masuk contest macam² dan yang seangkatan dengannya. Lagi² baca gosip artis terkini.

b) Tweet
Bangga dapat tweet beratus sehari dan ramai orang retweet balik. Bahkan sekarang ada yang kata tak sah kalau tak tweet dalam sehari.

c) Facebook
Fuh. Setiap jam kita update status. Komen kat status orang , like dan bermacam lagi. Dari pagi update status dah mandi, dah sarapan, makan tengahari dan segala macam lagi.

Dan macam² aktiviti internet lagi yang kita lakukan setiap hari.

Kita, maksudnya termasuk saya kalau tergolong di antara mereka² yang melakukan aktiviti² di atas patut merasa malu sekiranya,


satu muka AlQuran pun kita tak mampu habiskan sehari. Setuju?

Banyak keutamaan belajar Al-Quran, mengajarkan dan membacanya, diantaranya :

1. Pahala mengajarkannya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik orang di kalangan anda adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”. ( HR al-Bukhari )

2. Pahala membacanya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali ganda.” ( HR. al-Tirmidzi )

Keutamaan orang yang menghafal Al-Quran dan orang yang pandai membacanya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran dan dia hafal maka dia akan bersama para malaikat, perumpamaan orang yang membaca Al-Quran dan dia tersangkut-sangkut ( tidak lancar ) membacanya maka baginya dua pahala ( pahala menanggung kepayahan dan pahala membaca)” ( HR al-Bukhari dan Muslim ). Dalam hadis lain baginda SAW bersabda yang bermaksud : .”“ Dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran : bacalah, tingkatkanlah bacaanmu, dan bacalah dengan tartil ( memelihara hukum tajwid ) sebagaimana anda membacanya didunia, maka sesungguhnya kedudukan anda di akhirat kelak ialah pada akhir ayat yang anda baca di dunia” ( HR.At Tirmidzi )
sumber

Zaman sekarang ni kita boleh baca AlQuran online je, bahkan boleh install di telefon kita yang canggih tu, jadi apa alasan kita untuk mengelak ye?

Hari tu dalam ceramah Ustaz Don di surau aparment saya pun menekankan betapa pentingnya menjadikan membaca alQuran ini satu amalam. Biarpun sedikit. Kerana yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari yang banyak tetapi kadang-kadang.

Nota Ringkas : Jangan tegok siapa yang menyampaikan, sebaliknya tengok apa yang disampaikan.

2 Comments

  1. Hidup lebih bermakna jika,
    Al-Quran dijadikan panduan hidup,
    Hidup lebih bererti jika,
    Solat dijadikan amalan harian yang lengkap.

    ReplyDelete
  2. Hidup lebih bermakna jika,
    Al-Quran dijadikan panduan hidup,
    Hidup lebih bererti jika,
    Solat dikerjakan sebagai amalan harian yg lengkap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post