Alhamdulillah, dah lama Darwisy dapat membezakan jenis² kenderaan, cuma pada awalnya pelatnya sungguh comel..hehe. Dah dekat nak masuk 2 tahun ni, sebutan² jenis kenderaan semakin jelas kecuali kenderaan² tertentu.
1.

teknik panning
Kenderaan yang mula² Darwisy kenal dan boleh sebut. Darwisy sebut keta (loghat Kedah), pastu kadang² teto dengan mulut muncung dan diulang lebih kurang 3 kali. ;)
2.
High Dynamic Range (HDR)
Salah satu kenderaan kegemaran anak bujang kami ni. Sejak mengenali kenderaan ni, sebutannya sama sahaja. Kadang² lori, tapi lebih comel bila Darwisy sebut lowwry. Ada slang gitu.
2.
High Dynamic Range (HDR) lagi
Pada awalnya, sebutannya berbunyi dah, dah. Lama kelamaan barulah ada bunyi bas. Cuma Darwisy menambahkan kecomelan perkataan bas itu dengan bunyi bashh.
4.

teknik panning lagi
Sampai sekarang Darwisy masih lagi menyebut koko.koko. Macam jauh je bunyinya dengan motor ye Darwisy. Tapi sekarang dah mula ada bunyi oto, oto. Oklah tu kan?
5.
vae..vae. Takde bunyi van pun Darwisy..hehe. MPV pun Darwisy panggil vae.
6.
Sebutan kenderaan inilah yang paling comel bagi kami berdua. Dengar bunyi je Darwisy dah tahu dan terus menyebut Topten!! Dengan gerakan mulut yang sangat comel dan seksi..hehe. Sekarang dah hilang topten, diganti dengan epen..epen. Dah dekatlah tu dengan aeroplane kan? ;)
Nanti lain kali kita belajar kenderaan² lain pula ye Darwisy. Sungguh seronok dah bahagia kan melihat perkembangan fizikal dan mental anak². Anak adalah antara anugerah Allah yang tidak ternilai. ;)
Nota Ringkas : Gambar² semuanya dari kamera murah saya. Walaupun murah sangat berjasa. ;)
Post a Comment