Entri ini bukannya rungutan atau ketidaksyukuran, tetapi nak memberi gambaran yang jelas hakikat kerja seorang cikgu yang dikatakan cuti banyak, balik awal dan kerjanya senang.

Episod² sebelum ini ada di sini.


Gambar di atas adalah kawan saya yang bernama Azroy(bukan nama sebenar), seorang guru yang mengajar di Johor. Satu batch Fakulti Pendidikan UKM tahun 2003-2007.

Tersenyum beliau walaupun di bawah terik mentari. Bersemangat nak menyiapkan garisan balapan untuk acara sukan sekolah. Setiap tahun, menjelang sukan tahunan sekolah, itulah tugas segelintir dari kami.

Kalau ada cikgu lelaki, itulah tugas mereka, manakala kalau di sekolah tu yang ada cuma cikgu perempuan, cikgu perempuanlah yang akan mengambil alih menolak alat di atas. Cuma topi itu mungkin berwarna pink. ;p

Senang bukan?

Lebih baik kita hormati kerja orang lain dan bersyukur dengan kerja yang kita ada, kerana masih ramai manusia yang tak mampu mempunyai pekerjaan seperti kita- cikgu naman 2011

Lokasi : Jalan TAR, KL
Gagdjet : Nokia N79

Post a Comment

Previous Post Next Post