Bila tengok² gambar dalam henset baru perasan event sebelum puasa ni ..hehe. Sebelum puasa, sekolah lama (sebelum ditukarkan), mengadakan sambutan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan & Di Ambang Ramadhan bersama artis Muadz Dzulkefli. Ramai yang tak tahu kewujudan artis ni, tapi kalau penggiat²/penggemar nasyid mungkin tahu. Beliau merupakan penyanyi nasyid yang melagukan hadis².
Beliau dibawa khas dibawah tajaan eQurban Resources Sdn. Bhd. (eQurban.com). Nak tahu lebih lanjut mengenai eQurban, boleh ke blog DenaiHati
Dan inilah video sebahagian persembahan selama lebih kurang 2 jam tu. Yang pastinya cikgu² kat sini dan tukang² kebun terkejut melihat sikap pelajar yang tak pernah ditunjukkan sebelum ini. Mereka diam, dan tidak keluar dewan sebagaimana biasa dilakukan oleh segelintir pelajar. Sebelum ni Dato' Fadzilah Kamsah pun geleng kepala sebab tak berjaya nak menarik perhatian kesemua pelajar. Tapi Muadz dah berjaya melakukanya.Tahniah!!
Selepas selesai sudah persembahan, ada sedikit jamuan sambil sembang². Peramah betul Muadz ni, macam² cerita ada. Hafiz yang bermain muzik tu juga sama naiknya.
tandatangan guestbook
Rancak Muadz dan Hafiz bercerita
1st time berbaju melayu ke sekolah pada hari Jumaat..haha.
Raya haji dah dekat, jadi sesiapa yang nak melakukan ibadah korban bolehla tempah secara online di pesanan-korban-secara-online.
Post a Comment