Hantu bonceng. Sana sini filem pecah panggung dengan jumlah kutipan berjuta dalam masa beberapa hari menjadi buah mulut dan juga bahan penulisan di ruang maya. Saya sendiri pun tak tengok lagi, hehe. Tunggu DVD keluarlah kalau nak tengok pun.
Tadi tertengoklah satu entri mengenai satu babak dalam filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah (anda boleh search sendiri di youtube). Memang terkejutlah bila kalimah agung itu dipermainkan.
Dan rasanya ini bukanlah kali pertama hal² agama dipermainkan, kan? Persoalannya kenapa? Tiada idea lainkah? Kalau lawak di atas pentas mungkin tidak boleh diundur, tetapi ini di dalam filem, yang mana selepas proses shooting, babak itu akan disunting (betul ke istilah ni?). Tiada yang peka kah semasa proses suntingan itu? Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak perlu tapis ke ek?
Apa²pun sebagai penonton, pandai²lah kita nilai ye. Jangan sampai terikut-ikut sudah. Tak pun tak payah tengok langsung. ;p.
dah terlebih bonceng ni ;) sumber
Post a Comment