Sabtu lepas, 2 Julai 2011 telah berlangsungnya acara larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh negara. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung di seluruh negara berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah.
Pada hari itu, buat pertama kalinya ditugaskan sebagai jurugambar. Bila orang dah tahu kita ada kamera besar, kenalah jadi jurugambar walaupun tak bertauliah kan?hehe.Dan di bawah ni sebahagian daripada gambar² di acara Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tersebut.
Pada hari itu, buat pertama kalinya ditugaskan sebagai jurugambar. Bila orang dah tahu kita ada kamera besar, kenalah jadi jurugambar walaupun tak bertauliah kan?hehe.Dan di bawah ni sebahagian daripada gambar² di acara Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tersebut.
Banner dengan beberapa hero
ucapan alu-aluan
regangan badan
Pengetua sekolah. Mama Darwisy cakap comelnya pengetua..haha. Dah nak pencen tahun depan.
Pelepasan larian oleh puan pengetua
Berapa kerat je lari. Yang lain jalan je.
Jiran kat sebelah dari ILIM , kebetulan pulak dilepaskan waktu yang sama
Keselamatan semasa acara sangatlah penting. Dengan tiada bantuan daripada pihak berkaitan, kenderaan masih bergerak tanpa dikawal, agak berbahaya.
Pengetua dan penolong kanan 1 pun turut serta
Sekepas larian, acara seterusnya adalah perhimpunan kokurikulum.

Selepas perhimpunan kokurikulum, ada tayangan Toy's Story di dewan sementara menunggu jam 12 tengahari. Jadi kami guru² lelaki pergi ke bilik sukan untuk menjalankan 1 Guru 1 Sukan pulak. Acara yang berlangsung adalah ping pong. hehe

Bersungguh-sungguh sengoti kawe sampai terkemam-kemam mulut.
opss.. mana faizal tahir??
Inilah dia Faizal Tahir tu. Nak jugak berspek hitam macam artis dengan baju hitam jaket hitam. Peraturan sekolah tak nak ikut. Padahal semua pelajar ada baju sukan sekolah. Ingat dah hensem la tu berspek hitam ala² Faizal Tahir..hehe. Mana boleh lawan cikgu naman dalam bergaya dengan spek ni kan???? lalala
Model kunci PROTON.
Post a Comment