Darwisy sekarang sudah pandai menyepak² bola.Kalau dulu, Darwisy lebih suka menangkap bola, bahkan Khairul Fahmi pun meniru gaya Darwisy. Boleh tengok di entri yang mendapat komen daripada jejari runcing sendiri di sini.

Darwisy dah mula belajar menjadi striker dan defender, memilih posisi yang sesuai dengan kebolehannya. Gambar kat bawah menunjukkan gaya defender dengan muka geram dan juga gaya seorang striker. Agak² yang mana lagi sesuai ye?

Ini bukannya kembar Darwisy. Photoshop semata-mata..hehe

Bila bercakap pasal kembar, keturunan saya memang ada yang kembar, dari belah ma dan arwah abah. Tapi setakat ni generasi kami adik beradik belum ada lagi yang dapat anak kembar..hehe. Syok jugak ada anak kembar kan?

Post a Comment

Previous Post Next Post