Entri ini bukannya rungutan, tetapi nak memberi gambaran yang jelas hakikat kerja seorang cikgu yang dikatakan cuti banyak, balik awal dan kerjanya senang.
Perbualan cikgu² perempuan dekat kantin pagi tadi berkisarkan isu BMI pelajar perlu direkod dalam kad laporan oleh guru².
''Arghh. Bertambah² lagilah kerja kita'' kata cikgu Miranda (bukan nama sebenar)
''Arghh. Bertambah² lagilah kerja kita'' kata cikgu Miranda (bukan nama sebenar)
PETALING JAYA: Dalam usaha mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini, kerajaan kini mewajibkan setiap indeks jisim badan (BMI) pelajar direkod dalam kad laporan prestasi oleh guru mereka untuk perhatian ibu bapa.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti. petikan BH Online
Ya! Bertambah lagilah kerja kita cikgu² dalam skop petugas² dari bahagian kementerian kesihatan . Tak cukup check dan bilang nyamuk di sekolah sekiranya ada, kali ini kita dikehendaki menyukat Body Mass Index (BMI)/Indeks Jisim Badan pelajar².
Dan biasanya yang menjadi mangsa dalam tugas macam ni, cikgu kesihatan atau cikgu kelaslah. Bayangkan guru kelas mencari masa nak menyukat BMI 40 orang pelajar, kemudian mencatatkannya. Nisbahnya 1 : 40.
Tak bolehkah seorang ibu/bapa yang menyukat BMI kat rumah? Kalau ada 6 anak, nisbahnya hanya 1 : 6. Kalau ibu, bapa dan bibik tolong ukur sama², nisbahnya boleh jadi sekecil 1 ; 2. hehe
Ukurlah BMI sambil tengok AF ke, Mentor ke, Maharaja Lawak ke. Kalau sibuk sangat suruh sahaja bibik seorang yang buat. Hanya ukur berat dalam KG, kemudian ukur tinggi dalam meter. Kemudian guna saja formula ;
Ukurlah BMI sambil tengok AF ke, Mentor ke, Maharaja Lawak ke. Kalau sibuk sangat suruh sahaja bibik seorang yang buat. Hanya ukur berat dalam KG, kemudian ukur tinggi dalam meter. Kemudian guna saja formula ;
maaf ye sumber dari Indonesia gitu pak!
Atau paling senang, buka je web http://www.nutriweb.org.my/bmical.php , masukkan data² yang dikehendaki, kemudian tengoklah keputusan dia sama ada obes atau tidak.
w/p naik 10kg, maintain unggul gitu berat badanku ini..hehe
Nota Ringkas : Jangan disuruh catat apa yang pelajar makan setiap hari sudah!
p/s : Terima kasih eily atas entri bukan cikgu biasa.
Post a Comment