Entri ini bukannya rungutan, tetapi nak memberi gambaran yang jelas hakikat kerja seorang cikgu yang dikatakan cuti banyak, balik awal dan kerjanya senang.
Kalau hari tu saya dah buat episod Kontraktor DG41 (sila klik), kali ini saya ditugaskan untuk mengecat rostrum dewan sekolah yang sudah nazak itu. Nak beli baru tiada peruntukan, jadi tenaga kami amatlah diperlukan untuk menjadikan rostrum yang pecah sana sini tu nampak agak baru sedikit.
Cat jangan tak cat.
Facemask penting untuk mengelakkan daripada bendasing² daripada memasuki hidung dan mulut..hehe
Itu bukan nama sekolah saya. Cuma sekolah tersebut telah menyedekahkan rostrum tu untuk kegunaan sekolah kami.
Dan baju belang tu hadiah daripada murid saya sempena hari guru tahun lepas..hehe.
Selepas habis mengecat, rehat sekejap sambil pekena Radix kemudian bergegas ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk menghadiri mesyuarat sampai ke petang.
Sungguh mudah kan?
Post a Comment