Entri ini bukannya rungutan atau ketidaksyukuran, tetapi nak memberi gambaran yang jelas hakikat kerja seorang cikgu yang dikatakan cuti banyak, balik awal dan kerjanya senang.

A : Ko keja apa Mat?

B : Cikgu. Kenapa?

A : Oh cikgu. Senang la.


Senang? Senang kerana apa yang orang nampak, cikgu ni balik awal, cuti banyak. Kan? Kan? Belum tengok lagi kerja² cikgu selain mengajar seperti ;

- jurulatih permainan/sukan tak bertauliah
- akauntan
- jururawat
- programmer (jadual waktu)
- kerani (ni standard la kan)
- jurugambar tak bertauliah
- penyimpan data
- kutip wang (org tak bayar, kita yg kena marah)
- marshall/peronda
- tukang kebun
- buruh kasar (memaku dan sebagainya)
- tukang cat
- pengasuh (sekolah menengah ada gak??)
- mengecat garisan padang sukan
- dan lain-lain lagi
( harus diingat, ini hanya perbandingan, bukan nk menghina/merendahkan mana² pekerjaan..semua kerja halal patut dihormati)

Minggu lepas saya dan 2 orang guru lelaki lain telah ditugaskan untuk menjadi kotraktor tak profesional selama 2 hari berturut-turut, siap jadual kami digantikan oleh guru lain lagi. Kami diarahkan menggantung plat bendera² negeri yang ada di Malaysia di dewan sekolah.

senjata berjenama BOSCH digunakan



Segak tak saya berbaju batik sambil menebuk lubang?keh keh keh

cikgu B dengan plat bendera Kelantan kesayangan..hehe


Selesai urusan di sini, dengan berpeluh²nya saya lap² badan dengan air di tandas dewan, rehat, minum dan solat. Selepas kerja fizikal di dewan, minda pula diisi dengan ceramah untuk pengisian LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) sehingga jam 5 petang untuk 2 hari berturut-turut.

Sungguh senang!

Lebih baik kita hormati kerja orang lain dan bersyukur dengan kerja yang kita ada, kerana masih ramai manusia yang tak mampu mempunyai pekerjaan seperti kita- cikgu naman 2011

Lokasi : Jalan TAR, KL
Gagdjet : Nokia N79

P/S : AlFatihah untuk arwah Wan PJ (nenek) yang kembali ke rahmatullah tengahari tadi.

Post a Comment

Previous Post Next Post