Berakhirnya Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011/Putrajaya Hot Air Ballon Fiesta 2011 semalam. Dan berakhirnya hari-hari yang sangatttttttt jem di sini. Sampaikan nak pergi ke pasar pun terpaksa guna motor (padahal memang selalu pergi naik motor je..hehe). Berakhir juga bunyi² bingit yang dihasilkan oleh kereta-kereta drift, yang mana jarak tempat acara tu berlangsung dengan rumah saya beberapa ratus meter sahaja.

Sempat juga ke Pesta Belon Panas pada Sabtu lepas. Gerak dari rumah ke sana sebelum pukul 8 lagi. Bajet kamilah antara yang terawal, rupanya dah beratus-ratus kereta dah parking elok kat sana..hehe. Kalau pergi tengahari malas nak redah jem + panas.

Sampai² je tengok belon² dah berterbangan di udara. Kalut terus masuk parking capai kamera, dan 'snap'..'snap'..'snap'.


Darwisy sangat teruja!!

Dan antara belon yang unik adalah yang macam terbalik ni.

Siap berlanggar lagi 2 belon ni.

Yang paling popular adalah belon yang suka makan doriyaki ini.


Semasa belon Doraemon ni nak naik, siap dipasang lagu Doraemon yang sangat comel melodinya itu, Darwisy apa lagi, terus joget². Memang belon Doraemon ni sangat diminati. Orang ramai bersorak bila belon ni nak dinaikkan.



Selepas dah boring ambil gambar belon², kami ke monumen alaf baru, ambil gambar kenang-kenangan (macam la pelawat dari luar..haha).

model² kesayangan yang suka bergambar


Masjid besi sebagai background

tetiba darwisy duk tunjuk belon² panas yang terbang tu..

Kemudian ternampak ada promosi 50% untuk naik Cruise Tasik. Hanya bayar RM15 seorang,untuk Darwisy free, apalagi bolehla ronda² tasik.


Atas Cruise Tasik.Gambar² lain akan diupload oleh mama Darwisy nanti

Sekian. Jenuh nak pilih gambar..haha. Banyak lagi gambar² belon di fotonaman.

Nota Ringkas : Budak² pun Monday Blues harini. Cuti lama la kan. ;p

Post a Comment

Previous Post Next Post