Mungkin ada yang dah tahu, mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi eloklah saya kongsikan.
Ubat² cecair yang dah dibuka hanya tahan selama 3 bulan selepas dibuka, itupun kalau diletak dalam peti ais. Sekiranya masih belum dibuka, lihatlah tarikh luput dekat botol.
Bercakap mengenai ubat ni, saya sangat mengkagumi ahli² farmasi dan doktor yang boleh menghafal nama² ubat..hehe. Tapi lagi hebat mereka yang menghafaz AlQuran kan?
Dan janganlah ambil ubat sebarangan kan? Nasib baiklah saya ada kawan² yang bekerja sebagai doktor dan pegawai farmasi. Kalau rasa malas nak ke klinik disebabkan sakit yang biasa², saya akan mesej tanya diorang. Lepas tu carilah kat farmasi ubat² yang berkenaan.
Teringat pulak kat lagu obat daripada P.Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din;
Lirik Lagu Obat - P.Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din
(P Ramlee)
Inilah obat hai sungguh istimewa
Kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa
Obat batuk kering batuk basah demam selsema
Mari beli obat ini gerenti puas hati
( korus )
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau lambat-lambat tak dapat
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalau salah obat melompat
(A R Tompel)
Obatlah ini buat dari akar kayu
Jika salah sapu badan licin tumbuh bulu
Obat angin merdu angin kuskus mata kelabu
Mari beli obat ini ...gerenti puas hati
( ulang korus )
(Ibrahim Din)
Ini obatlah hai nama makjun sangkut
Kalau banyak makan sihat-sihat jadi semput
Obat sakit otak lenguh sendi angin senggugut
Mari beli obat ini gerenti puas hati
( ulang korus )
Nyanyian: P Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din
Filem: Do Re Mi (1966)
kredit di sini
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud), sumber