Baru² ni operasi gotong royong mengemaskan almari baju, nak asingkan yang mana nak buat balik ke kampung, sama ada nak pakai kat kampung, atau nak sedekah. Bila je mengemas, baru teringat ada beberapa seluar jeans saiz 30 dan 31 yang dah ketat. Boleh dipakai tetapi seksa jiwa raga weh!

Sob..sob..sobri..koleksi² yang terpaksa disimpan rapi

Ada yang murah, ada yang tidak murah, yang pastinya tiada yang mahal..hehe. Paling mahal pun renoma dan soda, tu pun pakai tak best. Yang selesa pakai yang murah jugak.


Nasib baik..


Nasib baiklah...

Sangat² bernasib baik kerana satu²nya Levis original yang dibeli 3 tahun yang lalu bersaiz 33. Fuh!!. Kalau tak menangis. Tak tahu macam mana boleh beli saiz 33 sedangkan masa tu pinggang bersaiz 31. Levis adalah satu²nya jenama yang saya takkan beli buat kali kedua dan seterusnya, melainkan ada sale 50% ke atas ( kedekutnya)

takkan beli dah..hoho

Bukannya apa, sebenarnya harga 'brand' yang lagi mahal daripada harga kualiti. Dulu beli pun sebab bujang, dapat gaji masa kerja kontrak(sebelum posting ke sekolah) terus beli. Bila beli termenung panjang memikirkan harganya. ;p

Sekarang saya hanya memakai Jeans Edwin. Mahal jugak?? Tidak!. Paling mahal pun RM60++++, bahkan ada dua helai di bawah RM40. Kainnya lagi lembut daripada Levis yang saya beli dengan harga RM223 dulu tu!! Nak dapat Jeans Edwin dengan harga murah, carilah dekat Jusco. Ada dijual yang outdated punya, seluar jugak kan? Bukannya basi.

Sesi soal jawab : Anda suka barang berjenama? Kenapa anda suka/tak suka?

Nota Ringkas : Tanya poket masing² kan? kan? kan?

Post a Comment

Previous Post Next Post