Fuhh.. Sana sini blog bercerita pasal penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau nama manjanya Apex. ;p. Tiba² juga blog buah hati pengarang jantung beliau atau dalam bahasa mudahnya awek beliau, http://jejariruncing.blogspot.com/ menjadi salah satu blog yang mempunyai trafik yang agak jem.Malahan bilangan 'follower' meningkat dari beberapa ratus menjadi hampir 5k dalam beberapa hari sahaja..Wow!!

Kecekapan Khairul Fahmi memang banyak membantu dalam perlawanan di Jakarta malam Rabu lepas. Tapi saya tak puas hati, rupanya Khairul Fahmi ni meniru gaya penjaga gol yang sedang meningkat naik juga di Malaysia. Apa punya orang daaa.....Jom kita tengok buktinya!!! (marah ni!!)





























**gambar KFCM diambil di fanpage beliau, KFCM

Kan??? Kan???? Kan???? Bola pun sama warna. Keh keh keh.



Gambar² Darwisy tu diambi dalam entri Darwisy Menunjukkan Bagaimana Cara menangkap Bola Yang Betul Kepada Van Der Sar selepas kecewa melihat kesalahan mudah penjaga gol Man United tu. ;)


Sedikit Biodata Khairul Fahmi ada dalam gambar di bawah yang diambil dari Wikipedia.

rupanya saya lagi tinggi dari KFCM..ehhe

Harap² sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan negara akan kekal sebegini. Menang atau kalah, mereka tetap mewakili tempat tumpahnya darah kita!! Jangan masa kalah, mereka dicerca, dihina.

Nota Ringkas : Tak sabar nak main bola kat padang dengan Darwisy.;)

Post a Comment

Previous Post Next Post