Salam...


1/11/2007
Berkumpul di dewan apa entah di MBSA. Guru² dari seluruh Selangor berkumpul di sini. Menunggu surat penempatan, di manakah mereka bakal dicampakkan. hehe.

Ada yang berdebar-debar, takut ditempatkan di ceruk²(masa interview sanggup ditempatkan di mana-mana..hehe). Dan ada yang berjumpa kawan-kawan lama, bertukar-tukar cerita masa cuti menunggu penempatan. Ada yang bekerja,ada yang berkahwin dah pun.;)

Lepas tahu penempatan masing², ada yang terus melaporkan diri di sekolah

1/11/2010
Genap 3 tahun mengajar di sebuah sekolah di Pelabuhan Klang. Walaupun dah 3 tahun, sah belum lagi. Bak kata salah seorang pentadbir, KPM memang tidak efisien, itu kata dialah..hehe.

Baru-baru ni semasa masuk bilik Pen. Kanan, beliau tanya ;

'' n@m@n, you menyesal tak jadi cikgu?''(aik..tetiba je). Tak boring ke?''

'' Tak puan. Mengajar tak boring.4 jam straight pun boleh. Kerja selain mengajar tu yang boring''(sambil tersenyum)

''A'ah kan. Clerical work macam ni lah yang remeh'' , kata beliau sambil menunjukkan kerja remeh yang tengah dibuat.


Antara kerja yang paling menyeronokkan (hipokrit?) adalah seperti di bawah ;


Mengetip soalan sains dengan jumlah muka surat 32, untuk 9 kelas yang puratanya 35orang pelajar (sila kira sendiri berapa ribu helai..hehe)

Nota Ringkas: Ada juga sesetengah orang nasihatkan anak mereka supaya jangan jadi cikgu.

Post a Comment

Previous Post Next Post