Salam..
Hanya sempat terfikir mengambil ayat yang di atas sahaja. Sebelum ni tak terfikir pun nak 'snap' kata² yang hairan kenapa cikgu² pun nak ada blog?
Apa? Tak bolehkah cikgu berblog? Ingat cikgu² semua buta IT kah?
Di ruang chatting FB, sempat lagi saya menghasut seorang rakan seperjuangan untuk berblog.
Jom kita ke blog hazransensei.
Biar bertambah cikgu² berblog..hoho. Jangan berblog semasa mengajar sudahlah cikgu² ye!
Apa kata cikgu² sekalian? Cikgu Dahlia, Cikgu Isza, Cikgu Normah, Cikgu Xiinam?(tak larat nak link semua cikgu..hehe)Great Teacher Onizuka tak boleh sebab isteri dia yang jadi cikgu ,bukan dia. Apa jawapan anda? Sebab apa anda berblog?
Apa pula kata kawan² yang lain? Tak best kah baca blog cikgu²? Skema sangatkah penulisan cikgu²?
Nota Ringkas : Cuti² pun tak ligat update.
Post a Comment